Pemodelan dan peramalan permintaan pelancong asing ke Malaysia berdasarkan model ADLM

Corak permintaan pelancong asing ke Malaysia dianalisis dan diramal dengan menggunakan kaedah ekonometrik. Kaedah ini digunakan bagi menentukan faktor-faktor ekonomi yang mempunyai kesan terhadap permintaan pelancong asing ke Malaysia. Walaupun terdapat banyak kajian lepas telah dijalankan bagi mend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Syahira Abdul Halim,, Nora Muda,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13861/1/jqma-15-1-paper2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13861/
http://www.ukm.my/jqma/jqma15_1a.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Corak permintaan pelancong asing ke Malaysia dianalisis dan diramal dengan menggunakan kaedah ekonometrik. Kaedah ini digunakan bagi menentukan faktor-faktor ekonomi yang mempunyai kesan terhadap permintaan pelancong asing ke Malaysia. Walaupun terdapat banyak kajian lepas telah dijalankan bagi mendapatkan model siri masa dan model ramalan kedatangan pelancong asing ke Malaysia, tetapi model-model tersebut tidak mengambil kira faktor makroekonomi pelancong dalam membuat peramalan. Dalam kajian ini, sembilan buah negara dipilih, iaitu negara yang banyak menyumbang kepada ketibaan pelancong ke Malaysia, iaitu Australia, Brunei, China, Indonesia, India, Jepun, Filipina, Korea Selatan dan United Kingdom. Beberapa pemboleh ubah makroekonomi dipilih, iaitu bilangan ketibaan pelancong di Malaysia, pendapatan pelancong, harga relatif, harga pengganti dan pemboleh ubah patung untuk meneliti permintaan pelancong asing ke Malaysia dalam jangka pendek dan panjang. Terdapat krisis ekonomi pada tahun 1997 dan serangan SARS pada tahun 2003 memberi kesan ketara yang menjejaskan permintaan pelancongan asing di Malaysia dalam jangka masa pendek. Manakala pemboleh ubah pendapatan pelancong pula memberi kesan kepada permintaan pelancongan di Malaysia dalam jangka panjang. Model Taburan Lat Autoregresi (ADLM) digunakan dalam kajian ini dan dimodelkan menggunakan data dari tahun 1990 hingga 2014. Seterusnya peramalan permintaan pelancongan dibandingkan dengan data sebenar pada tahun 2015 bagi pengesahan kecekapan model.