Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I-CGPKM menggunakan model Rasch

Instrumen Cabaran Guru Pelatih Praktikum (I-CGPKM) telah dibina bertujuan mengukur pelbagai cabaran yang dihadapi guru pelatih semasa menjalani latihan praktikum. Kajian ini bertujuan menghasilkan bukti empirikal mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I-CGPKM dengan menggunakan model Rasch....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rafidah Mohd Adnan,, Mohd Effendi Ewan Mohd Matore,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13860/1/jqma-15-1-paper1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13860/
http://www.ukm.my/jqma/jqma15_1a.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Instrumen Cabaran Guru Pelatih Praktikum (I-CGPKM) telah dibina bertujuan mengukur pelbagai cabaran yang dihadapi guru pelatih semasa menjalani latihan praktikum. Kajian ini bertujuan menghasilkan bukti empirikal mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I-CGPKM dengan menggunakan model Rasch. Kajian menggunakan kaedah tinjauan telah dilaksanakan di dua buah IPG, iaitu IPG Ilmu Khas dan IPG Bahasa Antarabangsa. Kajian ini melibatkan seramai 105 orang guru pelatih daripada semester tujuh sebagai sampel kajian melalui pensampelan rawak mudah. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I-CGPKM diukur dengan menggunakan model Rasch melalui perisian Winstep versi 3.68.2. Hasil dapatan ujian unikematraan mencatatkan piawaian varians reja sebanyak 40.1% dengan matra sekunder terbesar dalam konstras pertama yang mencatatkan varians sebanyak 8.7%. Melalui analisis model Rasch, hasil dapatan menunjukkan indeks kebolehpercayaan individu adalah 0.91 dan indeks kebolehpercayaan item adalah 0.96. Bagi kekutuban item pula, setiap item dapat menyumbang kepada pengukuran cabaran latihan praktikum apabila nilai PTMEA CORR setiap item melebihi 0.30, iaitu antara 0.51 hingga 1.50. Ujian kesepadanan item menunjukkan sebanyak sebelas item daripada 59 item digugurkan kerana nilai MNSQ infit dan outfit item berada di luar julat. Instrumen akhir menunjukkan sebanyak 48 item yang sesuai digunakan untuk mengukur lapan konstruk cabaran latihan praktikum. Secara keseluruhannya, analisis kebolehpercayaan dan kesahan konstruk ini adalah penting bagi memastikan penghasilan instrumen I-CGPKM yang berkualiti dan bermakna.