Tinjauan kajian-kajian terawal mengenai wahdat al-adyan(Kesatuan Agama-agama)

Kepelbagaian agama adalah salah satu wacana masa kini yang cukup menarik untuk diteliti. Bukan hanya dengan pandangan-pandangan kontroversi para sarjana bidang ini yang dibangkitkan bagi membina naratif dalam menjelaskan hakikat ini, ia turut dikaitkan dengan kelompok para Sufi, bahkan lebih daripad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusri Mohamad Ramli,, Mohd Syukri Yeoh Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13845/1/29773-91371-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13845/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepelbagaian agama adalah salah satu wacana masa kini yang cukup menarik untuk diteliti. Bukan hanya dengan pandangan-pandangan kontroversi para sarjana bidang ini yang dibangkitkan bagi membina naratif dalam menjelaskan hakikat ini, ia turut dikaitkan dengan kelompok para Sufi, bahkan lebih daripada itu, dikatakan bersusur galur daripada pemikiran mereka. Walau apa jua pandangan yang ingin dikemukakan oleh mana-mana pihak, adalah suatu fakta yang sukar untuk dinafikan bahawa dalam kalangan umat Islam, malah dalam kalangan mana-mana penganut agama, hanya tokoh-tokoh Sufi menjadi satu-satunya kumpulan yang melontarkan konsepsi mereka secara mapan dan berterusan mengenai kepelbagaian agama. Lalu, tidak menghairankan bila mana ungkapan-ungkapan ekstravaganza mereka sering dikutip bagi menyokong mana-mana konsepsi yang cuba diketengahkan pada masa kini. Perhatian para sarjana mengenai gagasan para Sufi tentang wahdat al-adyan atau kesatuan antara agama ini bukanlah perkara yang baharu, bahkan telah lama didahului melalui pelbagai pengkajian. Berasaskan hakikat ini, artikel ini mengemukakan hasil tinjauan yang dilakukan dengan merumus dan mensintesis segala perhatian dan pandangan pengkaji terdahulu mengenai isu ini. Untuk tulisan ini, usaha ke arahnya dimulakan dengan kajian-kajian terawal yang dirintis oleh para sarjana yang menyinggung mengenai hal ini sebelum dilanjutkan kajian-kajian terkemudian dalam ruang penulisan yang lain pada kesempatan yang akan datang. Selain menjadi paparan sebahagian hasil dapatan penyelidikan peringkat kedoktoran yang mencermati topik ini, coretan ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan yang menyokong kajian-kajian mendatang dalam menghasilkan dapatan baru dalam wacana kesarjanaan mengenai wahdat al-adyan.