Pemikiran Musdah mulia dalam pembaharuan pentafsiran al-Quran

Musdah merupakan seorang tokoh feminis muslimah Indonesia yang cukup dikenali dan banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat. Ini disebabkan pemikiran dan pendapat-pendapatnya yang sering bertentangan dengan pendapat majoriti sarjana Islam. Salah satu ideanya adalah pembaharuan pentafs...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Karimuddin Nasution,, Mohd Faizulamri Mohd Saad,, Wan Nasyrudin Wan Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13843/1/29770-91367-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13843/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Musdah merupakan seorang tokoh feminis muslimah Indonesia yang cukup dikenali dan banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat. Ini disebabkan pemikiran dan pendapat-pendapatnya yang sering bertentangan dengan pendapat majoriti sarjana Islam. Salah satu ideanya adalah pembaharuan pentafsiran atau mentafsirkan semula ayat-ayat al-Quran. Beliau berpandangan telah berlaku bias dalam pentafsiran yang dibuat sarjana klasik, sehingga menyebabkan kedudukan wanita dipandang lebih rendah daripada lelaki. Selain daripada itu beliau juga menyebutkan bahawa sarjana tafsir klasik mentafsirkan al-Quran sesuai dengan budaya yang berkembang ketika itu, iaitu budaya patriarki di mana lelaki lebih dominan daripada perempuan. Sedangkan tujuan utama Islam datang adalah untuk menegakkan keadilan dan membebaskan manusia dari semua bentuk ketidakadilan, termasuk ketidakadilan gender. Musdah menegaskan, jika terdapat pentafsiran al-Quran yang tidak sesuai dengan cita-cita utama Islam tadi maka perlu untuk dikaji semula. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti pemikiran Musdah tentang pembaharuan pentafsiran al-Quran. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk bahan-bahan kepustakaan dan berbentuk analisis dokumen. Kajian ini mendapati bahawa Musdah menawarkan, bahkan membuat model pentafsiran baru. Terdapat tiga prinsip asas yang ditawarkan Musdah dalam membuat pembaharuan pentafsiran. Pertama, prinsip maqasid sharicah yang mengandungi nilai-nilai keadialan (al-cadl), kemaslahatan (al-maslahah), kebijaksaan (al-hikmah), kesetaraan (al-musawah), kasih sayang (al-rahmah), pluraslime (al-tacaddudiyah), dan hak asasi manusia (huquq al-insaniyah). Kedua, prinsip relativisme dengan pengertian semua pentafsiran bersifat relatif. Ketiga, menggunakan metode tafsir tematik sesuai dengan pendekatan Binti Syati’. Implikasi kajian ini adalah mendedahkan idea pembaharuan tafsir Musdah yang mana bentuknya sama dengan yang disuarakan tokoh-tokoh feminis lainnya. Umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam memilih rujukan pentafsiran dan mengutamakan pendapat majoriti ulama dalam memahami pentafsiran ayat-ayat al-Quran.