Integrasi Naqli dan Aqli dalam pengajaran Bahasa Arab Tujuan Khas di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kursus Bahasa Arab untuk tujuan khas telah diperkenalkan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ditawarkan kepada pelajar bahasa Arab dan komunikasi di peringkat sarjana dan pascasiswazah di Universiti Sains Malaysia (USIM) sejak tahun 2005. Ia adalah kursus wajib...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Yuslina Mohamed,, Hazlina Abdullah,, Mesbahul Haque,, Sulaiman Ismail,
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
オンライン・アクセス:http://journalarticle.ukm.my/13837/1/29763-91353-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13837/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kursus Bahasa Arab untuk tujuan khas telah diperkenalkan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ditawarkan kepada pelajar bahasa Arab dan komunikasi di peringkat sarjana dan pascasiswazah di Universiti Sains Malaysia (USIM) sejak tahun 2005. Ia adalah kursus wajib yang dibangunkan selaras dengan Misi Universiti “USIM 16” iaitu USIM akan menjadi pusat rujukan serantau dunia dalam integrasi Naqli dan Aqli. Fakulti pengajian Bahasa Utama (FPBU) memainkan peranan memperkasakan program yang ditawar berintegrasikan Naqli dan Aqli dalam semua kursus. Dengan demikian, kajian ini bertujuan mengetahui bagaimana pensyarah mengimplimentasi Naqli dan Aqli dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui bahan-bahan yang digunakan dalam kuliah. Penyelidik telah menemu bual 5 pensyarah yang mengajar kursus ASP untuk mendapatkan data implimentasi tersebut. Penyelidikan kualitatif ini akan mengkaji integrasi Naqli dan Aqli dalam ASP untuk mengetahui model-model yang telah diguna pakai oleh pensyarah dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian merumuskan bahawa tiada model khas yang dirujuk atau digunakan dalam PdP ASP. Walau bagaimanapun, semua pensyarah telah mengimplimentasikan Naqli dan Aqli dalam PdP.