Analisis faktor keagamaan terhadap amalan bersedekah dalam kalangan mahasiswa Islam: aplikasi teknik Fuzzy Delphi
Sedekah merupakan instrumen kewangan Islam yang mempunyai ciri-ciri yang fleksibel dan berbentuk sukarela. Justeru, kepentingan menerapkan amalan ini pada peringkat awal dapat melahirkan generasi akan datang yang bersifat dermawan dan suka membantu orang yang memerlukan. Melalui tinjauan literatur,...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13822/1/353-Article%20Text-1316-1-10-20191214.pdf http://journalarticle.ukm.my/13822/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/24 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sedekah merupakan instrumen kewangan Islam yang mempunyai ciri-ciri yang fleksibel dan berbentuk sukarela. Justeru, kepentingan menerapkan amalan ini pada peringkat awal dapat melahirkan generasi akan datang yang bersifat dermawan dan suka membantu orang yang memerlukan. Melalui tinjauan literatur, beberapa faktor penyumbang kepada amalan bersedekah dalam kalangan mahasiswa dikenal pasti. Kajian ini mengaplikasikan Kaedah Fuzzy Delphi dengan mengumpul respon daripada 12 orang pakar terhadap tiga konstruk keagamaan yang mengandungi 15 item soal selidik. Keputusan analisis kesepakatan pakar memenuhi syarat-syarat triangular fuzzy number dan defuzzication process. Kajian ini mencapai kesepakatan pakar yang sangat tinggi terhadap konstruk Penguasaan Ilmu Agama (92%), Ihsan (100%), Sosialisasi Agama Ibu Bapa (99%). Hasil kajian boleh digunakan oleh institusi-institusi pendidikan dan individu dalam mempertimbangkan faktor-faktor yang disepakati pakar ini bagi memperkasakan amalan bersedekah dalam kalangan mahasiswa Islam. |
---|