Lakuan lokusi guru agama bangsa Melayu

Makalah ini membincangkan tentang lakuan lokusi guru-guru agama bangsa Melayu, khususnya lakuan lokusi tidak sopan. Lakuan lokusi merupakan lakuan pengucapan bagi sesuatu ujaran. Kajian pragmatik ini berbentuk fenomenologi hermeneutik menggunakan kaedah tidak menonjol dan data kajian dianalisis berp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Zuhair Zainal,, Mohd Farid Mohd Sharif,, Md Baharuddin Abdul Rahman,, Al-Amin Mydin,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13817/1/341-Article%20Text-1311-1-10-20191214.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13817/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/24
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan tentang lakuan lokusi guru-guru agama bangsa Melayu, khususnya lakuan lokusi tidak sopan. Lakuan lokusi merupakan lakuan pengucapan bagi sesuatu ujaran. Kajian pragmatik ini berbentuk fenomenologi hermeneutik menggunakan kaedah tidak menonjol dan data kajian dianalisis berpandukan Prinsip Kesopanan (Leech 1983). Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud lakuan lokusi tidak sopan dalam kalangan guru-guru agama bangsa Melayu. Lakuan lokusi tidak sopan tersebut melanggar lima daripada enam maksim yang terdapat dalam Prinsip Kesopanan (Leech 1983) yang mengakibatkan terhasilnya tingkah laku tidak beradab. Lakuan lokusi tidak sopan tersebut dapat dikategorikan dalam tiga bentuk, iaitu provokasi, menjengkelkan dan merapik. Berdasarkan kajian dapat dirumuskan bahawa kewujudan lakuan lokusi tidak sopan bukan hanya terhad dalam interaksi perbualan masyarakat awam, bahkan wujud dalam interaksi perbualan guru-guru agama bangsa Melayu. Oleh itu, ilmu berbahasa dan berkomunikasi seharusya diutamakan oleh setiap golongan masyarakat, terutamanya dari aspek kesopanan berbahasa Melayu.