Kerangka bagi persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar untuk latihan pengaturcaraan kendiri

Pengaturcaraan komputer merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran dalam mereka bentuk algoritma, memahami sintaks, menulis aturcara dan membetulkan ralat sehingga memperoleh aturcara yang dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran ini dapat dibina melalui latihan yang banyak, dalam pelbaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Marini Abu Bakar,, Mohd Isrul Esa,, Muriati Mukhtar,, Rodziah Latih,, Norleyza Jailani,, Noorazean Mohd. Ali,, Syahanim Mohd. Salleh,, Abdullah Mohd. Zin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13755/1/27904-84971-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13755/
http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1079
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengaturcaraan komputer merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran dalam mereka bentuk algoritma, memahami sintaks, menulis aturcara dan membetulkan ralat sehingga memperoleh aturcara yang dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran ini dapat dibina melalui latihan yang banyak, dalam pelbagai bentuk dan secara berterusan. Lazimnya penguasaan pelajar dalam pengaturcaraan dapat dilihat daripada bilangan latihan yang dapat diselesaikan dengan betul dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Hasil daripada pemerhatian, kebanyakan pelajar dapat menyelesaikan masalah yang diberi semasa sesi makmal. Namun, prestasi mereka dalam ujian makmal kurang memuaskan. Keadaan ini tidak menolak kemungkinan pelajar tidak melakukan latihan kendiri secukupnya sebagai persediaan ujian makmal. Dalam persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar, pengisian jam notional sangat penting untuk memastikan pelajar bersedia untuk mengikuti kelas seterusnya. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu kerangka bagi persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar untuk kursus pengaturcaraan komputer. Persekitaran pembelajaran ini menerapkan teori konstruktivisma yang membantu pelajar membina pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman menyelesaikan pelbagai masalah aturcara. Kerangka pembelajaran ini juga diintegrasikan dengan model pembelajaran kompetitif dengan menyediakan ruang untuk pelajar bersaing sesama sendiri dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan.