Hubungan anime dengan akhlak remaja Islam: kajian rintis di Selangor

Kepincangan akhlak dalam kalangan remaja hari ini umpama barah yang meracuni masyarakat kerana ia memberikan impak negatif terhadap semua pihak termasuk diri remaja itu sendiri, keluarga, pihak sekolah serta kerajaan. Impak yang terjadi dari isu akhlak ini akan merugikan negara kerana remaja adal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Afian Yusof,, Khairul Anwar Mastor,, Maznah Ibrahim,, Fatin Hazwani @ Hasidah Siran,, Hamdzun Haron,, Abdul Salam Yussof,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13689/1/29152-89180-4-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13689/
http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1145
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepincangan akhlak dalam kalangan remaja hari ini umpama barah yang meracuni masyarakat kerana ia memberikan impak negatif terhadap semua pihak termasuk diri remaja itu sendiri, keluarga, pihak sekolah serta kerajaan. Impak yang terjadi dari isu akhlak ini akan merugikan negara kerana remaja adalah modal insan yang akan mencorak masa depan negara. Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2016 merekodkan bilangan pesalah juvana menurun 10.3 peratus daripada 5,096 kes pada tahun 2014 kepada 4,569 kes pada tahun 2015. Namun bilangan tersebut belum cukup untuk melepaskan rasa risau di kalangan masyarakat terhadap masalah ini apa lagi ia melibatkan golongan remaja. Banyak faktor yang menyumbang kepada isu akhlak ini. Salah satunya ialah pendedahan melampau media massa yang mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh mempengaruhi diri dan akal remaja yang masih belum dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Anime adalah salah satu cabang dari media massa yang begitu popular di kalangan remaja dan kanak-kanak. Animasi dari Jepun ini telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia kerana terdapat pelbagai genre dari kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa. Perbezaan nilai akhlak, adab dan budaya yang berbeza dikhuatiri menjadi penyebab kepada salah satu faktor keruntuhan akhlak di kalangan remaja kerana terdapatnya unsur-unsur keganasan, seks, hayalan dan tahyul yang boleh merosakkan fikiran dan meracuni sikap remaja yang akhirnya menjerumus kepada permasalahan sosial. Justeru kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan anime terhadap keruntuhan akhlak remaja Islam di Selangor. Kajian rintis ini melibatkan 85 orang responden melalui soal selidik dengan pendekatan kuantitatif.