Aplikasi Pedagogi Hikmah bagi pengajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris abad ke-21

Kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran kolaboratif dan komunikatif merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan abad ke-21. Dalam konteks Malaysia, bahasa Inggeris adalah penting sebagai bahasa perhubungan, perdagangan antarabangsa dan ilmu, sementara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosnani Hashim,, Wan Mazwati Wan Yusoff,, Suhailah Hussien,, Madihah Khalid,, Rosemaliza Kamalludeen,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13641/1/23408-89729-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13641/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1124
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran kolaboratif dan komunikatif merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan abad ke-21. Dalam konteks Malaysia, bahasa Inggeris adalah penting sebagai bahasa perhubungan, perdagangan antarabangsa dan ilmu, sementara bahasa Malaysia sangat penting sebagai bahasa kebangsaan dan jati diri bangsa. Kajian ini menyelidik sama ada Pedagogi Hikmah (PH) yang mengutamakan metode inkuiri bersama-sama dalam satu komuniti, mampu meningkatkan pencapaian bahasa dan kemahiran kognitif para pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 3 buah kelas Bahasa Malaysia dan 2 buah kelas Bahasa Inggeris yang mewakili sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas di Gombak. Metodologi yang digunakan ialah rekabentuk bercampur. Rekabentuk kuantitatif menggunakan kaedah eksperimen kuasi pra-pasca bagi menentukan keberkesanan intervensi PH dengan menggunakan skor peperiksaan sebagai variabel bebas. Bagi menyelidik kemajuan 5K (kemahiran kognitif berfikir kritis, kreatif dan keprihatinan, dan kemahiran komunikatif dan kolaboratif), senarai semak perlakuan kognitif IAPC telah digunakan. Rekabentuk kualitatif menggunakan Perbincangan Kumpulan Fokus (PKF). Hasil kajian kuantitatif menunjukkan bahawa Pedagogi Hikmah berjaya meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa dan juga menambahbaik kemahiran 5K. Analisis kualitatif mendapati bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap Pedagogi Hikmah.