Pemerkasaan watak wanita dalam filem berunsurkan Islam: kajian kes “Ketika Cinta Bertasbih"

Kajian ini memfokus kepada isu representasi wanita dalam filem berunsurkan Islam. Isu penindasan watak wanita oleh ideologi patriarki dalam filem sering diperdebatkan oleh para sarjana dalam pelbagai genre filem. Justeru, kajian ini melihat representasi watak wanita dalam genre filem berunsurkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Helmi Yusoh,, Jamaluddin Aziz,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13586/1/23218-69267-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13586/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1073
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokus kepada isu representasi wanita dalam filem berunsurkan Islam. Isu penindasan watak wanita oleh ideologi patriarki dalam filem sering diperdebatkan oleh para sarjana dalam pelbagai genre filem. Justeru, kajian ini melihat representasi watak wanita dalam genre filem berunsurkan Islam bagi mengetahui representasi watak wanita dalam filem berunsurkan Islam. Bagi mendapatkan data kajian, sebuah filem dari Indonesia arahan Hanung Bramantyo iaitu Ketika Cinta Bertasbih (2009) telah dipilih secara kaedah persampelan bertujuan dan dianalisis melalui pendekatan analisis tekstual secara mendalam. Analisis watak wanita yang terpilih dilakukan dengan menggunakan kerangka kritikan feminisme berserta teori Ilmu Sosial Profetik melalui teknik sinematik seperti syot kamera, pergerakan kamera dan dialog. Teori Ilmu Sosial Profetik ini diasaskan melalui kitab Al Quran, ayat 110 dalam surah Ali ‘Imran dan ia memiliki dua konsep perlakuan iaitu Humanisasi dan Liberasi serta satu konsep matlamat iaitu Transendensi. Penulis ingin bahaskan di sini bahawa dalam Ketika Cinta Bertasbih, terdapat watak-watak wanita yang melalui proses pemerkasaan selepas berlakunya penindasan terhadap mereka dan proses pemerkasaan watak wanita ini pula boleh difahami dalam dua bentuk iaitu pemerkasaan berkonsepkan Islam dan juga proses pemerkasaan feminisme. Dapatan ini mampu memberi nilai tambah terhadap kefahaman mengenai genre berunsurkan Islam, iaitu melalui pemaparan watak wanita. Analisis gabungan teori ini juga memberikan dimensi baharu dalam kaedah menganalisis filem berunsurkan Islam.