Sumbangan tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Ibn ‘Ashur dan relasinya dengan Tafsir al-Mishbah M. Quraysh Shihab

Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir merupakan salah satu karya terbaik Ibnu ‘Ashur yang mempunyai pengaruh signifikan dalam sejarah perkembangan tafsir. Ulama yang berasal dari Tunisia ini memperkaya khazanah keilmuan Islam dalam tafsirnya melalui pembahasan kajial-kajian Islam kontemporari. Sesuai dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur, Afrizal, Lubis, Mukhlis, Hamdi Ishak,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13576/1/53-92-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13576/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir merupakan salah satu karya terbaik Ibnu ‘Ashur yang mempunyai pengaruh signifikan dalam sejarah perkembangan tafsir. Ulama yang berasal dari Tunisia ini memperkaya khazanah keilmuan Islam dalam tafsirnya melalui pembahasan kajial-kajian Islam kontemporari. Sesuai dengan namanya, al-Tahrir wa al-Tanwir yang bererti pembebasan dan pencerahan, Ibnu ‘Ashur, berharap dengan tafsirnya ini dapat mencerahkan pemikiran umat Islam dan mempunyai pandangan baru yang lebih positif terhadap al-Quran dan Islam, serta bebas dari belenggu kejumudan, taklid buta dan fanatisme negatif. Keistimewaan tafsir ini terlihat dari sudut-sudut pembahasannya yang komprehensif. Salah satunya adalah pembahasan tafsir dari sudut pandang bahasa Arab. Ibnu ‘Ashur mampu menyusun tafsirnya dengan menggunakan kosa kata dan sastera Arab bernilai tinggi dalam sebuah susunan yang mudah difahami oleh para mufassir masa ini. Pengaruh Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir amat besar dalam perkembangan tafsir kontemporari, khususnya memberikan pencerahan pemikiran kepada umat Islam untuk lebih produktif, kreatif dan inovatif.