Perkembangan awal pengaruh Shaykh al-Albani terhadap masyarakat Syria

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pengenalan ringkas pengaruh Shaykh Muhammad Nasir al-Din al-Albani di Syria. Negara pertama beliau diami setelah berhijrah dari Albania, tanah kelahiran beliau. Di sinilah jati diri beliau sebagai pakar dalam bidang hadith kurun ke-20 terbentuk dan beliau dik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lukman Hakim Nurdin,, Najah Nadiah Amran,, Mohd Arif Nazri,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13575/1/52-90-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13575/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pengenalan ringkas pengaruh Shaykh Muhammad Nasir al-Din al-Albani di Syria. Negara pertama beliau diami setelah berhijrah dari Albania, tanah kelahiran beliau. Di sinilah jati diri beliau sebagai pakar dalam bidang hadith kurun ke-20 terbentuk dan beliau dikenali sebagai salah seorang tonggak aliran salafi. Kertas kerja ini mengkaji proses pembentukan pengaruh beliau dalam kalangan masyarakat Syria pelbagai lapisan masyarakat dan juga inti pati yang diterapkan dalam dakwah beliau. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah secara kualitatif iaitu kajian kepustakaan dengan metode menganalisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajian hadith yang diceburi dan ditekuni selama bertahun-tahun serta pegangan beliau dengan Manhaj Salaf telah membentuk beliau menjadi seorang tokoh hadith dan tonggak pemikiran salafi yang disegani oleh kawan dan lawan. Selain itu, didapati bahawa metode dialog beliau dengan individu dan kumpulan yang tidak sealiran telah melonjakkan nama beliau sebagai seorang ilmuan yang mempunyai pengaruh yang besar dan mencipta fenomena baharu di Syria.