Peranan tulisan Jawi dalam penulisan hadith di Nusantara

Hadith terus berkembang hingga ke Nusantara. Namun ia telah melalui suatu proses perkembangan yang panjang. Kedatangan hadith bermula seiring dengan kemasukan Islam untuk menggantikan kepercayaan Hindu-Buddha. Manakala, tulisan Jawi mula diperkenalkan untuk menggantikan tulisan Jawa Kuno dan Palava....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Zahidah Kosran,, Latifah Abdul Majid,, Ahamad Asmadi Sakat,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13573/1/50-86-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13573/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hadith terus berkembang hingga ke Nusantara. Namun ia telah melalui suatu proses perkembangan yang panjang. Kedatangan hadith bermula seiring dengan kemasukan Islam untuk menggantikan kepercayaan Hindu-Buddha. Manakala, tulisan Jawi mula diperkenalkan untuk menggantikan tulisan Jawa Kuno dan Palava. Tulisan ini semakin tersebar penggunaannya sehingga muncul kitab-kitab Jawi. Oleh itu, kajian ini mempunyai signifikan yang tinggi. Pertama, untuk mengenal pasti sejauh mana tulisan Jawi memberi kesan terhadap aktiviti penulisan hadith. Kedua, mengetengahkan karya-karya terjemahan hadith dalam tulisan Jawi yang dihasilkan oleh para ulama Nusantara. Kaedah analisis kandungan terhadap beberapa dokumen yang berkaitan telah digunakan bagi mendapatkan data dan dianalisis secara persejarahan. Kajian mendapati tulisan Jawi dalam aktiviti penulisan hadith di Nusantara adalah sebagai bahasa ilmu dan alat terjemahan hadith-hadith. Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam penghasilan kitab-kitab terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Ia memudahkan masyarakat yang tidak memahami Bahasa Arab untuk memahami ajaran agama melalui pembacaan.