Peranan murabbi terhadap pembangunan dan pembentukan akhlak remaja

Artikel ini bertujuan membentangkan hasil kajian peranan murabbi terhadap pembangunan dan pembentukan akhlak remaja di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Memandangkan keruntuhan akhlak yang berleluasa pada hari ini, maka RPWP menubuhkan satu badan kebajikan untuk membela nasib remaja yatim atau yatim pi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Aisyah Kamaruddin,, Latifah Abdul Majid,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13571/1/48-82-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13571/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/5
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan membentangkan hasil kajian peranan murabbi terhadap pembangunan dan pembentukan akhlak remaja di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Memandangkan keruntuhan akhlak yang berleluasa pada hari ini, maka RPWP menubuhkan satu badan kebajikan untuk membela nasib remaja yatim atau yatim piatu yang mempunyai masalah sosial untuk diberi perlindungan dan pendidikan akhlak yang baik oleh murabbi dan murabbiah di RPWP. Tujuan utama kajian ini adalah untuk pengenalpasti peranan murabbi terhadap pembangunan dan pembentukan akhlak remaja. Tinjauan dibuat terhadap 56 sampel remaja dengan menggunakan instrumen soal selidik yang disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach Bahagian B dalam soal selidik adalah sangat tinggi iaitu (0.933). Pengumpulan data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 22.0, dan penganalisisan data adalah secara analisis deskriptif berdasarkan peratusan min, sisihan piawai, dan interpretasi min. Dapatan kajian ini menunjukkan peranan murabbi terhadap pembangunan dan pembentukan akhlak remaja pada tahap sederhana tinggi. Walau bagaimanapun, peranan yang diterapkan oleh murabbi dapat memberikan kesan yang positif dalam kehidupan responden. Implikasi kajian ini merumuskan bahawa peranan murabbi terhadap pembentukan akhlak remaja turut menyumbang kepada pembentukan akhlak remaja yang unggul berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.