Penyelesaian perbezaan penilaian pengkritik hadith ke atas kredibiliti perawi: kajian ke atas perawi bagi hadith-hadith di dalam kitab Mastika Hadith Jilid 3

Perbezaan penilaian perawi dalam kalangan pengkritik hadith adalah suatu perkara yang biasa terjadi seperti perbezaan pendapat yang kebiasaan berlaku dalam kalangan para fuqahā’ berdasarkan ijtihād mereka. Perbezaan ini dapat menimbulkan kekeliruan dalam menentukan penerimaan atau penolakkan sesuatu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aminuddin Mohamed,, Fadlan Mohd Othman,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13565/1/38-61-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13565/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/4
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbezaan penilaian perawi dalam kalangan pengkritik hadith adalah suatu perkara yang biasa terjadi seperti perbezaan pendapat yang kebiasaan berlaku dalam kalangan para fuqahā’ berdasarkan ijtihād mereka. Perbezaan ini dapat menimbulkan kekeliruan dalam menentukan penerimaan atau penolakkan sesuatu periwayatan bagi perawi-perawi tertentu. Justeru, kajian ini mengfokuskan kaedah yang dapat digunakan bagi menyelesaikan perbezaan penilaian dalam kalangan para pengkritik hadith yang wujud dalam menentukan penilaian yang lebih menepati hak perawi-perawi bagi hadith yang dimuatkan di dalam kitab Mastika Hadith Jilid 3. Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kualitatif melibatkan kajian dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang kelihatan bercanggah pada penilaian pengkritik hadith ke atas kredibiliti perawi pada sebahagian hadith yang dimuatkan di dalam kitab Mastika Hadith Jilid 3. Meskipun begitu, terdapat garis panduan yang digariskan para ilmuan dalam menyelesaikan perbezaan ini. Garis panduan ini dapat memberi manfaat kepada kajian-kajian berkenaan takhrīj al-hadith khususnya ketika berhadapan dengan perbezaan penilaian dalam kalangan pengkritik hadith.