Sumbangan Darul Quran (Jakim) terhadap pengajian al-Quran dalam kalangan Orang Kurang Upaya Penglihatan

Penubuhan Darul Quran pada tahun 1966 adalah bertitik tolak sebagai sebuah institusi yang memperjuangkan ilmu-ilmu al-Quran khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran. Malah, selain daripada memfokuskan pengajian bagi golongan biasa yang berpenglihatan, ia juga merangkumi kepada golongan OKU Penglihatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusri Chek,, Sabri Mohamad,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13552/1/19-28-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13552/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penubuhan Darul Quran pada tahun 1966 adalah bertitik tolak sebagai sebuah institusi yang memperjuangkan ilmu-ilmu al-Quran khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran. Malah, selain daripada memfokuskan pengajian bagi golongan biasa yang berpenglihatan, ia juga merangkumi kepada golongan OKU Penglihatan(OKUP). Justeru, kajian ini bertujuan melihat sumbangan Darul Quran terhadap pengajian al-Quran di kalangan Orang Kelainan Upaya Penglihatan. Di samping itu, kajian ini juga melihat secara ringkas perkembangan pengajian al-Quran OKU Penglihatan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah dokumentasi, kepustakaan dan pensejarahan dalam mengumpul data kajian. Manakala, kaedah deskriptif digunakan dalam menganalisa data kajian. Kajian mendapati bahawa sememangnya Darul Quran telah banyak menyumbang terhadap perkembangan pengajian OKUP khususnya dalam Braille al-Quran. Ia meliputi sumbangannya dalam perkongsian kepakaran bersama agensi-agensi luar, penawaran program pengajian, bekerjasama dalam memperkukuhkan pengajian melalui program pengajian dengan institusi pengajian tinggi yang lain, menyemarak dan memperkukuhkan kajian berkaitan Braille al-Quran serta melalui sumbangan graduan alumni Darul Quran. Selain itu, penulis juga berharap agar pengkaji akan datang dapat meluaskan lagi aspek kajian kepada kajian terhadap pengajian al-Quran bagi OKU yang lain selain daripada OKU Penglihatan.