التفسير الصوفي الإشاري في أعمال القلوب: دراسة نقدية في تفسير روح البيان للبروسوي
Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan Tafsir Sufi Isyari dan dan Tafsir Ruh al-Bayan yang dikarang oleh al-Burusawi. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif terhadap Tafsir Sufi Isyari bagi ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan isu amalan hati dalam Tasawwuf. Metodologi kajian ini ial...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13548/1/12-16-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/13548/ http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/1/showToc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan Tafsir Sufi Isyari dan dan Tafsir Ruh al-Bayan yang dikarang oleh al-Burusawi. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif terhadap Tafsir Sufi Isyari bagi ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan isu amalan hati dalam Tasawwuf. Metodologi kajian ini ialah dengan menganalisa maklumat berdasarkan pendekatan deskriptif dan kritikan. Justeru itu, hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa Tafsir Sufi Isyari (iaitu satu bentuk tafsir yang berdasarkan isyarat yang tersembunyi yang berlawanan dengan tafsir zahir ayat-ayat al-Quran) yang dikarang oleh al-Burusawi dalam isu amalan hati sebahagiannya adalah bertepatan dengan syarat. Ia berdiri di atas dua asas. Pertamanya, Tafsir Sufi Isyari berada dalam makna umum lafaz ayat yang ditafsir. Keduanya, hubungan antara Tafsir Sufi Isyari dengan ayat tersebut adalah hubungan sebab dan musabbab. Kajian ini juga mendapati bahawa sebahagian Tafsir Sufi Isyari oleh al-Burusawi tidak menepati syarat. Ia berdiri di atas tiga asas. Pertamanya, tafsiran yang dibuat terkeluar daripada tafsiran normal makna bahasa Arab. Keduanya, mengumumkan yang khusus bukan pada tempatnya. Perlu dijelaskan bahawa jika al-Burusawi hanya menghadkan tafsirannya kepada Tafsir Isyari sahaja maka tidak ada beza antaranya dengan tafsiran mazhab Syiah Batiniyyah. Walaubagaimana pun, keyakinan kita terhadap keilmuannya dalam bidang tafsir, pengiktirafan beliau terhadap tafsir yang normal dan penolakan beliau terhadap Batiniyyah menjadikan Tafsir Isyarinya boleh diterima. |
---|