Konsep fiqh al-sunnah menurut al-Qaradawi

Al-Qaradawi memandang sunnah Nabi tidak hanya sebagai sumber hukum, tetapi sebagai metodologi pemahaman terhadap nas-nas keagamaan. Beliau disejajarkan dengan kalangan yang berfikir rasional dalam al-Sunnah. Artikel ini menganalisis pandangan al-Qaradawi tentang fiqh al-sunnah dan metode aplikasinya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sholihah Kaswari,, Latifah Abdul Majid,, Mohd Arif Nazri,, Ahamad Asmadi Sakat,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13546/1/10-7-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13546/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/1/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Qaradawi memandang sunnah Nabi tidak hanya sebagai sumber hukum, tetapi sebagai metodologi pemahaman terhadap nas-nas keagamaan. Beliau disejajarkan dengan kalangan yang berfikir rasional dalam al-Sunnah. Artikel ini menganalisis pandangan al-Qaradawi tentang fiqh al-sunnah dan metode aplikasinya dalam mengeluarkan hukum. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis dokumen yang terdiri daripada karya-karya al-Qaradawi tentang konsep fiqh al-sunnah. Kajian ini mendapati bahawa pemahaman yang utuh terhadap fiqh al-sunnah menurut al-Qaradawi dapat dicirikan melalui tiga karakteristik, iaitu menyeluruh (shumul), seimbang (mutawazin) dan memudahkan (muyassir). Ketiga-tiga karakteristik tersebut menuntut pengaplikasian metode wasatiyyah yang berasaskan maqasid al-shariah. Antara teori fiqh al-sunnah yang ditawarkan oleh al-Qaradawi dalam metode al-wasatiyyah adalah klasifikasi sunnah Nabi kepada tashri’iyyah dan ghayr tashri’iyyah. Hasil kajian mendapati bahawa pandangan al-Qaradawi mengenai konsep fiqh al-sunnah adalah selari dengan pandangan-pandangan sarjana klasik usul fiqh.