Penisbahan Qurra’ dan status Qira’at dalam Tafsir al-Nasafi

Tafsir al-Nasafi (Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Takwil) adalah tafsir yang masyhur dan digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Antara fokus Imam al-Nasafi dalam kitab tafsir ini ialah Qira’at. Pengarang didapati menggunakan pendekatan tersendiri dalam nukilan Qira’at, iaitu tidak terhad kepada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Faizulamri Mohd Saad,, Sabri Mohamad,, Muhd Najib Abdul Kadir,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13541/1/5-11-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13541/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/1/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tafsir al-Nasafi (Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Takwil) adalah tafsir yang masyhur dan digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Antara fokus Imam al-Nasafi dalam kitab tafsir ini ialah Qira’at. Pengarang didapati menggunakan pendekatan tersendiri dalam nukilan Qira’at, iaitu tidak terhad kepada Qurra’ Qira’at Sab’ tetapi merangkumi penisbahan Qurra’ yang pelbagai. Artikel ini bertujuan mengenalpasti Qurra’ Qira’at yang dinukilkan oleh Imam al-Nasafi berserta status Qira’at yang dinisbahkan kepada mereka. Status Qira’at dapat menjelaskan interaksi terhadap nukilan Qira’at seperti penghormatan terhadap teks al-Quran dan memudahkan proses pentarjihan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan bersumberkan Tafsir al-Nasafi. Hasil kajian mendapati penisbahan Qira’at di dalam Tafsir al-Nasafi merangkumi riwayat mutawatirah dan shadhdhah. Malah, Qurra’ Qira’at Mutawatirah didapati turut dinisbahkan dengan Qira’at shadhdhah juga sebaliknya.