Pengaruh pasaran dan teknologi dalam ekonomi Malaysia: pendekatan inputoOutput

Sektor industri, khasnya sektor perkilangan, memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia. Tiap-tiap firma di dalamnya saling berkait rapat antara satu dengan yang lain untuk membentuk satu sistem bagi menggalakkan pengeluaran input asas dan menggunakannya untuk mengeluarkan output. Bagaima...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zakariah Abdul Rashid,, Sahak Mamat,, Ab. Aziz Ab. Rahman,, G. Gabil, Jeseel
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 1999
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1354/
http://www.ukm.my/~penerbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sektor industri, khasnya sektor perkilangan, memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia. Tiap-tiap firma di dalamnya saling berkait rapat antara satu dengan yang lain untuk membentuk satu sistem bagi menggalakkan pengeluaran input asas dan menggunakannya untuk mengeluarkan output. Bagaimanapun mentransformasikan input kepada output bukanlah satu proses yang mudah. Ia melibatkan pelbagai kekangan. Dari sudut penawaran, kedapatan sumber-sumber input dan jenis teknologi yang digunakan akan menentukan jumlah keluaran. Dari sudut permintaan pula jangkauan dan keadaan pasaran akan menentukan penggunaan output. Di Malaysia, dari sudut penawaran, pertumbuhan output berkait rapat dengan pergerakan bahan mentah, buruh dan faktor-faktor lain. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan perubahan dalam struktur dan perubahan dalam tingkat serta komposisi permintaan akhir terhadap input perantaraan, buruh dan keperluan modal dalam beberapa industri di Malaysia untuk tempoh 1978-87 dengan menggunakan kerangka input-output. Walaupun kedua-dua pemboleh ubah ini boleh berubah serentak, percubaan akan dibuat untuk memisahkan antara satu kesan dengan kesan yang lain. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa perubahan teknologi dalam penggunaan input perantaraan adalah neutral, berkesan dalam penggunaan buruh, dan agressif dalam penggunaan modal. Dalam masa yang sama, perubahan dalam tingkat dan komposisi permintaan akhir telah memberi kesan yang signifikan terhadap penggunaan input yang digunakan