Ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu:penelitian berasaskan perbezaan jantina

Makalah ini bertujuan menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu lelaki dan perempuan yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Secara khusus, kajian ini bertujuan memerihalkan aspek kualiti suara dalam penghasilan bunyi berkenaan berasaskan perbezaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Majdan Paharal Radzi,, Shahidi A.H.,, Rahim Aman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13520/1/32394-100477-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13520/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1183
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu lelaki dan perempuan yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Secara khusus, kajian ini bertujuan memerihalkan aspek kualiti suara dalam penghasilan bunyi berkenaan berasaskan perbezaan jantina. Kajian ini memanfaatkan kaedah kepustakaan, kaedah lapangan dan makmal. Perisian PRAAT digunakan semasa analisis spektograf. Kajian yang dikemukakan oleh pengkaji meliputi parameter Masa Mula Suara dan Tempoh Masa Penyuaraan Frikatif bagi melihat perbezaan ciri-ciri akustik yang dihasilkan oleh penutur lelaki dan perempuan. Data linguistik terdiri dari bunyi plosif dan frikatif Melayu dan Arab di awal dan di tengah kata. Menerusi hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu berdasarkan jantina. Oleh itu, perbezaan jantina tidak memberi kesan dalam penguasaan pertuturan bahasa Arab khususnya faringealisasi. Hasil kajian diharapkan dapat membantu para pengkaji dalam memperdalami ilmu fonetik akustik dan memperkaya kosa ilmu dalam dimensi yang berbeza.