Hak asasi manusia tradisional: pelajaran dari Prasasti Cakravantin, Talang Tuo & Pagarruyung I
Terdapat segelintir pihak yang memomokkan gagasan hak asasi manusia moden seperti terserlah dalam The Universal Declaration of Human Rights 1948 sebagai bertentangan dengan budaya dan nilai umat Melayu. Namun demikian, bukti-bukti yang tertera dari prasasti purba menunjukkan umat Melayu tidak terput...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13475/1/162-267-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/13475/ http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/24 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terdapat segelintir pihak yang memomokkan gagasan hak asasi manusia moden seperti terserlah dalam The Universal Declaration of Human Rights 1948 sebagai bertentangan dengan budaya dan nilai umat Melayu. Namun demikian, bukti-bukti yang tertera dari prasasti purba menunjukkan umat Melayu tidak terputus dari perlindungan gagasan hak asasi manusia yang berbumbukan ajaran Buddha. Sebagai contoh Prasasti Talang Tuo (684 Masehi), Prasasti Cakravantin (1088 Masehi), dan Prasasti Pagarruyung I (1356 Masehi) menyimpan maklumat gagasan hak asasi manusia tradisional. Keberadaan prasasti purba ini membuktikan konsep hak asasi manusia bukanlah sesuatu yang asing seperti didakwa sesetengah pihak. Cuma, konsep tersebut tidak dikenal dengan nama yang sama sepertinya gagasan hak asasi manusia moden hari ini. Tulisan menggunakan kerangka saranan George F. Mclean yang menekankan penjelmaan kembali khazanah bangsa, dalam konteks ini prasasti, sebagai warisan yang memiliki ‘primary structuring ideas’ (idea-idea besar berstruktur) untuk diwacanakan agar ia berguna dan dapat dimanfaatkan untuk masyarakat moden. Sudah tentu terdapat perbezaan antara gagasan hak asasi manusia tradisional dan moden. Hal ini berlaku kerana gagasan hak asasi manusia moden digubal untuk memenuhi tuntutan zaman ini iaitu melindungi kehidupan manusa moden yang telah mengalami pelbagai kepesatan ekonomi, teknologi dan pelajaran. |
---|