Analisis penyampulan data (DEA) dua peringkat dalam mengenal pasti faktor penentu kecekapan teknik firma pembuatan pengangkutan

Kertas ini bertujuan untuk mengukur skor kecekapan teknik dan mengenal pasti faktor penentu yang mempengaruhi kecekapan teknikal firma pembuatan pengangkutan menggunakan kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) dan data firma bagi tempoh 2005 hingga 2010. Peringkat pertama melibatkan pengiraan skor ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fahmy-Abdullah,, Lai, Wei Sieng, Sulhi Ridzuan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13394/1/23%20Mohd%20Fahmy-Abdullah.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13394/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil4_2019/KandunganJilid48Bil4_2019.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini bertujuan untuk mengukur skor kecekapan teknik dan mengenal pasti faktor penentu yang mempengaruhi kecekapan teknikal firma pembuatan pengangkutan menggunakan kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) dan data firma bagi tempoh 2005 hingga 2010. Peringkat pertama melibatkan pengiraan skor kecekapan melalui DEA dengan menggunakan data agregat. Pada peringkat kedua, skor kecekapan yang dihitung dalam peringkat pertama akan dijadikan sebagai pemboleh ubah bersandar untuk analisis regresi Tobit. Faktor penentu adalah nisbah modal-buruh, perbelanjaan latihan, nisbah taraf pendidikan, kadar upah, perbelanjaan teknologi maklumat dan komunikasi dan saiz firma. Keputusan menunjukkan purata skor kecekapan adalah tinggi bagi setiap subindustri. Kadar upah dan saiz firma merupakan penentu yang signifikan bagi faktor kecekapan firma pembuatan pengangkutan. Walau bagaimanapun, nisbah modal-buruh dan taraf pendidikan pada peringkat menengah didapati telah mengurangkan tahap kecekapan teknik. Implikasi daripada keputusan ini menunjukkan bahawa firma pembuatan pengangkutan perlu menitikberatkan saiz firma di samping meningkatkan pelaburan dalam modal manusia dan motivasi dalam kalangan pekerja seperti kenaikan kadar upah serta mengurangkan penggunaan modal yang sesuai dengan tahap teknologi dan pekerja mahir.