Menilai prioriti tuntutan rakyat dari perspektif dasar awam dan peranan wakil rakyat

Artikel ini membincangkan dapatan kajian tentang kepelbagaian tuntutan rakyat kepada kerajaan. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti tuntutan dan keperluan rakyat sebelum digubal menjadi dasar awam. Namun, tidak semua tuntutan dapat dipenuhi kerana kerajaan perlu mengambil kira prioriti dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Malike Brahim,, Mohamad Zaki Ahmad,, Musliza Mohamad,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13369/1/26048-78136-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13369/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1094
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan dapatan kajian tentang kepelbagaian tuntutan rakyat kepada kerajaan. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti tuntutan dan keperluan rakyat sebelum digubal menjadi dasar awam. Namun, tidak semua tuntutan dapat dipenuhi kerana kerajaan perlu mengambil kira prioriti dan kesannya. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan bantuan daripada rakyat. Soal selidik diedarkan secara terus melalui serahan tangan oleh pengkaji dan dibantu oleh pembanci kepada semua responden. Dalam pada itu, temubual bersemuka bersama wakil rakyat dijalankan oleh pengkaji bertujuan mengetahui pelbagai masalah dan tuntutan daripada rakyat di kawasan masing-masing. Analisis kajian mendapati prioriti tuntutan rakyat dapat dibahagikan kepada keperluan pendidikan, perumahan, pertanian, penternakan, keselamatan, kemudahan, keagamaan dan isirumah. Jadi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar bagi memenuhi keperluan rakyat demi keselesaan mereka. Justeru, perbincangan dalam artikel ini berasaskan perspektif dasar awam menggunakan Teori Sistem. Dalam Teori Sistem, tuntutan rakyat adalah input yang perlu diproses oleh sistem politik (kerajaan) sebelum ditukar menjadi output atau hasil. Hasil itu adalah dasar yang berbentuk projek, program dan rancangan yang memberi kesan atau outcomes secara langsung ke atas kehidupan rakyat sama ada mereka berpuas hati atau sebaliknya. Atas sebab itu, maklum balas daripada rakyat amat penting kepada kerajaan bagi meningkatkan mutu setiap dasar yang dilaksanakan.