Aktiviti perniagaan masyarakat Cina di Taiping pada zaman kemelesetan ekonomi dunia, 1929-1935

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan aktiviti perniagaan masyarakat Cina di Taiping sepanjang tempoh kemelesetan ekonomi dunia. Krisis ekonomi pada tahun 1929 hingga 1935 menyebabkan peniaga Cina di Taiping menghadapi tekanan ekonomi pada tahap maksima akibat penurunan kuasa beli pasara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yong, Elaine Shu Han
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13362/1/21784-62689-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13362/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan aktiviti perniagaan masyarakat Cina di Taiping sepanjang tempoh kemelesetan ekonomi dunia. Krisis ekonomi pada tahun 1929 hingga 1935 menyebabkan peniaga Cina di Taiping menghadapi tekanan ekonomi pada tahap maksima akibat penurunan kuasa beli pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Walau bagaimanapun, keadaan sedemikian tidak menjejaskan penglibatan masyarakat Cina dalam aktiviti perniagaan. Dokumen dan laporan British dalam tempoh kajian memperlihatkan bahawa masyarakat Cina di bandar tersebut menceburkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti perniagaan dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka. Iklan perniagaan masyarakat Cina seperti yang dipaparkan dalam Taipeng Weekly Record jelas menggambarkanperkembangan aktiviti perniagaan Cina di Taiping sepanjang tempoh kemelesetan ekonomi dunia. Justeru, masyarakat Cina di Taiping masih meneruskan penglibatan mereka dalam aktiviti perniagaan walaupun berhadapan dengan krisis dan kemelesetan ekonomi.