Permasalahan Kuomintang dalam politik China, 1911-1949: satu tinjauan umum

China pada awal dan pertengahan abad ke-20 mengalami pelbagai masalah yang mengancam kedaulatannya. Dinasti Qing gagal memerintah China dengan baik telah disingkirkan oleh pihak nasionalis yang kemudiannya menubuhkan Kuomintang (KMT). KMT juga menghadapi masalah besar untuk memulihkan masalah di Chi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suffian Mansor,, Aisha Bibi Kamaruddin,, Azharudin Mohamed Dali,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13360/1/21782-62685-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13360/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:China pada awal dan pertengahan abad ke-20 mengalami pelbagai masalah yang mengancam kedaulatannya. Dinasti Qing gagal memerintah China dengan baik telah disingkirkan oleh pihak nasionalis yang kemudiannya menubuhkan Kuomintang (KMT). KMT juga menghadapi masalah besar untuk memulihkan masalah di China. Yuan Shih Kai yang diharap memimpin China dengan baik gagal berbuat demikian dan telah mengkhianati perjuangan KMT. Kematian Yuan Shih Kai membawa masalah besar apabila China berpecah berdasarkan penguasaan panglima perang. Dengan pertolongan Soviet Union, KMT telah berjaya menyatukan China pada tahun 1928. Walaupun berjaya berkuasa di China tetapi KMT masih mempunyai masalah besar. Panglima Perang masih lagi tidak menunjukkan taat setia yang kuat kepada KMT. Manakala hubungan KMT dan komunis mula rengang pada pertengahan tahun 1920an. Hal ini mewujudkan masalah antara mereka sehingga KMT berusaha melenyapkan komunis di China. Pencerobohan tentera Jepun pada tahun 1930an membawa masalah KMT semakin rumit. Walaupun mendapat sokongan Soviet Union dan Amerika Syarikat dalam melawan Jepun tetapi KMT gagal menangani kemaraan Jepun. Tamatnya perang tidak menamatkan masalah KMT. KMT terpaksa pula berhadapan dengan masalah lama iaitu komunis. Masalah antara kedua-dua pihak ini berterusan sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua. Akhirnya KMT gagal menpertahankan China apabila ditewaskan oleh pihak komunis pada tahun 1949.