Perkembangan sistem perdagangan merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913)

Artikel ini membincangkan perkembangan sistem perdagangan merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu semenjak tahun 1909 hingga tahun 1913. Kawalan terhadap pentadbiran kewangan dan ekonomi eksport oleh British sejak penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909 sebenarnya bertentangan de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shazwan Mokhtar,, Muhammad Aslah Akmal Azmi,, Mohd Samsudin,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13357/1/21789-62697-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13357/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan perkembangan sistem perdagangan merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu semenjak tahun 1909 hingga tahun 1913. Kawalan terhadap pentadbiran kewangan dan ekonomi eksport oleh British sejak penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909 sebenarnya bertentangan dengan amalan perdagangan bebas British pada abad ke-19. Sehingga tahun 1913, British berjaya mengumpul lebihan baki kewangan persekutuan menerusi kawalannya terhadap Majlis Mesyuarat Persekutuan. Tempoh masa antara tahun 1909 hingga 1913 membuktikan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mempunyai lebihan baki kewangan yang tinggi. Oleh itu, objektif kajian ini ialah meneliti pembentukan sistem perdagangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu oleh British sejak penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan sehingga sebelum Perang Dunia Pertama. Hasil kajian mendapati, ciri penting perdagangan merkantilisme yang mempengaruhi sistem perdagangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah campur tangan Ketua Setiausaha menerusi peruntukkan undang-undang oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. Ketua Setiausaha mempunyai bidang kuasa untuk mengawal sistem kewangan, sistem cukai dan ekonomi eksport yang merupakan pendapatan utama kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kajian ini menggunakan kaedah kajian sejarah yang memberi tumpuan terhadap rekod-rekod perdagangan dan pentadbiran kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.