Penyelesaian pertikaian alternatif dalam kes-kes kewangan Islam

Umum mengetahui bahawa litigasi mahkamah merupakan forum yang sering dipilih sekiranya berlaku sebarang pertikaian di antara pihak-pihak yang berkontrak. Dalam hal ini, litigasi mahkamah dilihat sebagai kaedah konvensional dalam menyelesaikan pertikaian di mana forum ini telah digunapakai sejak berk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Husnah Omar,, Ruzian Markom,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13351/1/PENYELESAIAN%20PERTIKAIAN%20ALTERNATIF%20DALAM%20KES-KES%20KEWANGAN%20ISLAM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13351/
http://www.ukm.my/cli/artikel-2017/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Umum mengetahui bahawa litigasi mahkamah merupakan forum yang sering dipilih sekiranya berlaku sebarang pertikaian di antara pihak-pihak yang berkontrak. Dalam hal ini, litigasi mahkamah dilihat sebagai kaedah konvensional dalam menyelesaikan pertikaian di mana forum ini telah digunapakai sejak berkurun lamanya dalam memutuskan sesuatu pertikaian sehinggakan ia menjadi suatu legasi sehingga kini. Dalam konteks pertikaian kewangan dan perbankan Islam juga, Mahkamah Sivil merupakan saluran bagi pihak yang bertikai menghujahkan permasalahan, tuntutan balas serta keadilan. Hal ini adalah selaras menurut Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bidang kuasa kewangan di bawah bidangkuasa Persekutuan. Oleh itu, mahkamah yang ada bidangkuasa untuk mendengar kes berkaitan adalah Mahkamah Sivil. Walau bagaimanapun, pelbagai kekeliruan dan isu timbul apabila sistem kewangan Islam ditadbir oleh Mahkamah Sivil. Hal ini termasuklah isu bidang kuasa mahkamah dalam menyelesaikan pertikaian kes-kes kewangan dan perbankan Islam, kepakaran para hakim Mahkamah Sivil dalam menyelesaikan kes-kes kewangan Islam dan jumlah Mahkamah Muamalat yang terhad. Kekeliruan ini telah memberi impak kepada mahkamah serta peguam dan pihak yang bertikai di mana terdapat beberapa kes yang diputuskan menimbulkan konflik perundangan. Artikel ini bertujuan menganalisa forum penyelesaian pertikaian alternatif yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan kes-kes pertikaian kewangan Islam.