Fenazin sebagai potensi antibiotik baru daripada Streptomyces kebangsaanensis

Fenazin merupakan metabolit sekunder yang biasanya disintesis secara semula jadi oleh Pseudomonas dan Streptomyces. Ia merupakan sebatian heterosiklik yang mempunyai sebatian bernitrogen pada struktur teras cecincin. Kajian mengenai antibiotik ini telah bermula seawal abad ke-19 lagi dan ternyata me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Juwairiah Remali,, Noraziah Mohamad Zin,, Ng, Chyan Leong, Wan M. Aizat,, Tiong, John J.L
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13312/1/06%20Juwairiah%20Remali.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13312/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil3_2019/KandunganJilid48Bil3_2019.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenazin merupakan metabolit sekunder yang biasanya disintesis secara semula jadi oleh Pseudomonas dan Streptomyces. Ia merupakan sebatian heterosiklik yang mempunyai sebatian bernitrogen pada struktur teras cecincin. Kajian mengenai antibiotik ini telah bermula seawal abad ke-19 lagi dan ternyata menjadi calon dadah yang berpotensi tinggi dalam dunia perubatan. Sehingga kini, lebih daripada 100 jenis fenazin telah diterokai daripada sumber semula jadi dan boleh bertindak sebagai antibakteria, antikanser, antivirus, antitumor serta antiparasit. Setakat ini, kajian biosintesis fenazin yang telah dijalankan terhadap Pseudomonas dan Streptomyces telah mendedahkan gen yang bertanggungjawab dalam tapak jalan biosintesis fenazin, namun begitu, gen khusus yang terlibat dalam penghasilan terbitan fenazin yang kompleks masih dalam hipotesis. Dalam ulasan ini, kami membincangkan kepentingan fenazin serta pemahaman terkini tentang tapak jalan biosintesis fenazin yang berjaya diterokai di dalam Streptomyces kebangsaanensis.