Kawalan dalaman tadbir urus wakaf di Malaysia

Wakaf merupakan instrumen sosioekonomi untuk memperkasakan kebajikan masyarakat dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi dan lain-lain. Di Malaysia, wakaf ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan anak syarikat yang yang ditubuhkan di bawah MAIN seperti Perbadanan Waka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rabiatul Hasanah Mahmood,, S. Shahida,, Latifa Bibi Musafar Hameed,, Nazifah Mustaffha,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13294/1/23488-80921-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13294/
http://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1068/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wakaf merupakan instrumen sosioekonomi untuk memperkasakan kebajikan masyarakat dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi dan lain-lain. Di Malaysia, wakaf ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan anak syarikat yang yang ditubuhkan di bawah MAIN seperti Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Wakaf Perak Ar-Ridzuan. Pengurusan wakaf merupakan aspek terpenting bagi menjamin kelangsungan harta wakaf itu sendiri. Tambahan pula, Matlamat ke-16 iaitu Keamanan dan Keadilan dalam Matlamat Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals – SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menekankan bahawa elemen tadbir urus institusi yang baik menyumbang ke arah pembangunan mapan sesebuah negara. Statistik menunjukkan terdapat lebih 11 ribu hektar tanah wakaf terbiar dan tergendala yang melibatkan wakaf am dan wakaf khas. Hal ini disebabkan oleh kelompongan yang terdapat dalam tadbir urus institusi wakaf itu sendiri. Ini menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana pengurusan harta wakaf di Malaysia yang semestinya menjurus kepada tadbir urus institusi wakaf sebagai pihak yang bertanggungjawab. Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara kawalan dalaman dengan tadbir urus yangbaik dalam pengurusan wakaf Institusi A. Kajian ini penting bagi memastikan pengurusan wakaf di Malaysia yang lebih baik, bersistematik dan berintegriti, serta seterusnya menjamin kelangsungan harta wakaf di Malaysia. Kaedah kajian adalah berbentuk kualitatif melalui metod perbincangan kumpulan fokus dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapatibahawa kawalan dalaman memberi kesan terhadap pengurusan wakaf Institusi A. Dapatan kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan institusi wakaf dan memandang kepentingan kawalan dalaman yang menjadi penyumbang kepada tadbir urus yang baik di institusi itu sendiri.