Hubungan antara harga diri, niat menambah hutang dan gelagat perbelanjaan hutang dalam kalangan individu berpendapatan rendah

Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang yang berpendapatan rendah adalah mereka percaya bahawa berhutang adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkara ini jelas apabila ramai orang beralih kepada hutang apabila mereka dibebani dengan masalah kewangan. Terdapat banyak faktor yang mempe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dicky Wiwittan Toto Ngadiman,, Hainnur Aqma Rahim,, Salmy Edawaty Yacoob,, Hairunnizam Wahid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13262/1/25430-89256-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13262/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1144
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang yang berpendapatan rendah adalah mereka percaya bahawa berhutang adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkara ini jelas apabila ramai orang beralih kepada hutang apabila mereka dibebani dengan masalah kewangan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seseorang untuk terus berada dalam hutang. Artikel ini membincangkan faktor yang mempengaruhi niat seseorang untuk menambah hutang dan gelagat perbelanjaan hutang dalam kalangan orang berpendapatan rendah yang terlibat dalam sektor perladangan di Sabah, Malaysia. Perbincangan turut tertumpu kepada hubungan antara harga diri, niat untuk menambah hutang dan gelagat perbelanjaan tahsiniyyat. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan pensampelan bertujuan. Seramai 378 individu dalam kalangan berpendapatan rendah di Felda Lahad Datu, Sabah terlibat dalam kajian ini. Teknik analisis lanjutan PLS-SEM digunakan untuk statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara harga diri dengan niat untuk menambah hutang dan gelagat perbelanjaan tahsiniyyat dengan pinjaman. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memberi kesedaran dan mendidik mereka mengenai bajet dan menyimpan. Membelanjakan lebih banyak wang pada keperluan bukan asas menyebabkan seseorang akan terjerumus dalam hutang. Implikasi kajian ini dapat meramal gelagat berhutang kumpulan berpendapatan rendah, di samping memberi kesedaran kepada banyak pihak tentang perlunya merangka plan pembangunan modal insan untuk kumpulan ini. Hal ini dapat memantapkan harga diri mereka selari dengan keperluan kerohanian agar individu tidak menilai diri mereka berdasarkan kepada aspek luaran dan pemilikan kebendaan.