Manifestasi kehidupan masyarakat Melayu dalam Bedar Sukma Bisu daripada perspektif pengkaedahan Melayu

Bedar Sukma Bisu (BSB) karya Faisal Tehrani, diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2007. Novel ini memenangi hadiah utama Sayembara Mengarang Sempena Jubli Emas DBP. BSB antara lain memaparkan kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum Perang Dunia Kedua sehingga dekad mutakhir di Mal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Abdullah Che Ya,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13140/1/28677-87577-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13140/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1138
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bedar Sukma Bisu (BSB) karya Faisal Tehrani, diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2007. Novel ini memenangi hadiah utama Sayembara Mengarang Sempena Jubli Emas DBP. BSB antara lain memaparkan kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum Perang Dunia Kedua sehingga dekad mutakhir di Malaysia. Persoalan kepercayaan, keimanan serta penglibatan orang Melayu dalam dunia korporat diolah secara kreatif oleh pengarang melalui pelbagai teknik seperti dialog, monolog, imbas kembali, imbas muka termasuk juga mimpi dan perlambangan. Data bagi kajian ini dikumpul bersandarkan reka bentuk kajian kualitatif dan analisis kandungan sebagai instrumen kajian utama. Teori Pengkaedahan Melayu yang dikemukakan oleh Hashim Awang diaplikasi sebagai kerangka kajian ini. Penelitian memanfaatkan kesemua pendekatan yang menjadi prinsip Teori Pengkaedahan Melayu iaitu; pendekatan gunaan, moral dan firasat daripada pengkaedahan alamiah dan pendekatan dakwah, masyarakat dan seni daripada pengkaedahan keagamaan. Hasil penelitian mendapati novel ini banyak mengolah realiti kehidupan masyarakat Melayu yang sangat bergantung kepada alam, baik sebagai sumber inspirasi mahupun ekonomi. Sastera Melayu sangat mementingkan isi dalam pembentukan insan dan pendidikan namun tidak mengabaikan nilai keindahan karya. Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada ajaran Islam tetapi masih terikat kepada kepercayaan dan amalan tradisi khususnya tentang firasat, tanda dan mimpi. Kajian ini turut mengesahkan bahawa teori Pengkaedahan Melayu dapat dijadikan sandaran untuk membuktikan manifestasi kehidupan masyarakat Melayu dalam karya sastera.