Gambaran masyarakat Melayu tradisional dalam Syair Putera Mahkota

Manuskrip Melayu lama banyak sekali merakamkan tentang gambaran peradaban dan perjalanan hidup masyarakat. Ikatan antara raja dan rakyat, stratifikasi sosial, falsafah kehidupan, kepercayaan, adat-istiadat malah sistem nilai yang didokongi oleh sesuatu masyarakat adalah antara gambaran yang dapat di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Safwan Razali,, Zubir Idris,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13134/1/28685-87593-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13134/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1138
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Manuskrip Melayu lama banyak sekali merakamkan tentang gambaran peradaban dan perjalanan hidup masyarakat. Ikatan antara raja dan rakyat, stratifikasi sosial, falsafah kehidupan, kepercayaan, adat-istiadat malah sistem nilai yang didokongi oleh sesuatu masyarakat adalah antara gambaran yang dapat dikesani lewat manuskrip lama ini. Syair Putera Makhota adalah salah satu daripada manuskrip yang dimaksudkan. Sehubungan itu, kajian ini memperkatakan tentang gambaran masyarakat Melayu yang diabadikan oleh pengarangnya, seperti yang terdapat dalam manuskrip yang dikaji. Manuskrip Syair Putera Makhota yang digunakan dalam kajian ini tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia dalam bentuk manuskrip bernombor MSS 4048. Syair Putera Makhota merupakan sebuah manuskrip yang banyak sekali memperlihatkan tentang gambaran masyarakat istana yang mempunyai pelbagai adat istiadat. Selain itu, manuskrip ini juga memaparkan tentang lapisan masyarakat seperti adanya masyarakat kelas atasan dan masyarakat kelas bawahan. Kajian ini dibuat bagi melihat keadaan dan tingkah laku masyarakat yang dapat dilihat melalui Syair Putera Makhota ini, terutamanya dalam konteks hubungan istimewa di antara dua golongan yang berbeza iaitu golongan atasan dan golongan bawahan. Pendekatan sosiologi digunakan dalam membincangkan maklumat yang terdapat di dalam manuskrip yang dikaji. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai gambaran masyarakat dalam syair ini seperti keistimewaan-keistimewaan masyarakat kelas atasan, perwatakan masyarakat kelas atasan dan masyarakat bawahan, gambaran masyarakat kelas bawahan itu sendiri selain gambaran masyarakat yang bekerjasama dalam sesuatu komuniti. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dalam kehidupan bermasyarakat.