Analisis Wajah Seorang Wanita menerusi tu’minubillah dalam sastera Profetik

Kajian ini menumpukan penelitian terhadap perwatakan dalam penghasilan novel Melayu, bagi membuktikan bahawa sastera Melayu memiliki peranan dalam menumbuhkan nilai-nilai profetik, perkembangan intelektual dan sosial masyarakat. Kajian sastera mampu memberi unsur pendidikan lebih-lebih lagi dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tuan Rusmawati Raja Hassan,, Mawar Safei,, Muammar Ghaddafi Hanafiah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13131/1/28664-87553-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13131/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1138
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menumpukan penelitian terhadap perwatakan dalam penghasilan novel Melayu, bagi membuktikan bahawa sastera Melayu memiliki peranan dalam menumbuhkan nilai-nilai profetik, perkembangan intelektual dan sosial masyarakat. Kajian sastera mampu memberi unsur pendidikan lebih-lebih lagi dalam konteks pemaparan nilai-nilai profetik menerusi perwatakan dalam novel. Hal ini kerana novel merupakan cerminan tentang peristiwa yang berlaku atau citra kehidupan manusia. Sastera menerusi keprofetikan mampu membangunkan keperibadian dan menanamkan nilai positif dalam diri masyarakat. Kajian ini menganalisis novel Wajah Seorang Wanita karya S.Othman Kelantan dari perspektif Gagasan Profetik oleh Kuntowijoyo. Kajian ini menemukan bahawa menerusi perspektif Gagasan Profetik, S.Othman Kelantan memperagakan ketekalannya untuk mengangkat watak-watak dalam novel dengan menyelitkan satu bentuk perutusan yang perlu dimaknai khalayak. Ini berlaku ke atas Wajah Seorang Wanita yang dianalisis menggunakan etika tu’minubillah, salah satu daripada etika Sastera Profetik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, pemeragaan watak wanita lewat Wajah Seorang Wanita menjadi suatu puncak tertinggi yang menggambarkan ciri-ciri umat terbaik. Watak Siti Musalmah dikesani menepati etika tu’minubillah. Kajian ini merumuskan bahawa S.Othman Kelantan bukan sahaja mengangkat isu keprofetikan terhadap perwatakan dalam novel, malahan sifat tersebut juga sangat terserlah melalui karya dan aspek latar diri pengarang sehingga merentas kepada akar tradisi Melayu-Islamnya.