Pendemokrasian maklumat blog: isu akauntabiliti dalam kalangan blogger di Malaysia

Senario blog di Malaysia telah berkembang sejak tahun 2008 di mana rata-rata pengguna media telah menggunakan media baru sebagai media alternatif untuk mendapatkan maklumat yang mereka tidak peroleh melalui media arus perdana. Ternyata blog telah membekalkan pelbagai maklumat yang baharu dan berada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Hakimi Tew Abdullah,, Muhamad Hanapi Khamis,, Zuliani Mohd Azni,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13122/1/28015-85504-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13122/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1086
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Senario blog di Malaysia telah berkembang sejak tahun 2008 di mana rata-rata pengguna media telah menggunakan media baru sebagai media alternatif untuk mendapatkan maklumat yang mereka tidak peroleh melalui media arus perdana. Ternyata blog telah membekalkan pelbagai maklumat yang baharu dan berada di luar jangkaan pengguna media. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh para blogger dalam usaha untuk menghidangkan maklumat yang dinanti-nantikan oleh masyarakat pengguna. Blog juga digunakan sebagai landasan untuk menyampaikan maklumat secara pantas dan bebas kepada rakyat. Kertas kajian ini melihat sejauh mana blogger di Malaysia mengamal sifat akauntabiliti ke atas segala penulisan yang dipaparkan dalam blog mereka. Pendekatan kualitatif menerusi temubual mendalam dilakukan ke atas dua kumpulan blogger yang mempunyai ideologi politik yang berbeza. Sebanyak lapan (8) orang blogger ternama di Malaysia telah dipilih sebagai informan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa blog telah membuka landasan baru kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat. Wujudnya undang-undang yang boleh dikaitkan dengan para blogger sedikit pun tidak menjejaskan hasrat mereka untuk terus bebas dalam menyatakan pendapat kepada masyarakat umum. Selain itu, para blogger turut sedar dan telah menetapkan sifat akauntabiliti di tahap yang tertinggi dan sentiasa bertanggungjawab ke atas sebarang kemudaratan yang bakal lahir hasil daripada penulisan mereka. Para blogger juga sentiasa memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan diraih dan bersifat responsif terhadap keperluan masyarakat.