Kewartawanan advokasi: elemen advokasi utusan pengguna sebagai alat sokongan rakyat

Peranan kewartawanan amat luas dan memberi manfaat besar kepada sistem sosial dan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, kewartawanan banyak memberi fokus terhadap isu politik, sukan, ekonomi dan perniagaan. Namun demikian, ruangan akhbar cetak, atas talian mahupun berita di televisyen kurang memberi p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaim Aiman Ibrahim,, Shahreen Mat Nayan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13120/1/28020-85503-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13120/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1086
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan kewartawanan amat luas dan memberi manfaat besar kepada sistem sosial dan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, kewartawanan banyak memberi fokus terhadap isu politik, sukan, ekonomi dan perniagaan. Namun demikian, ruangan akhbar cetak, atas talian mahupun berita di televisyen kurang memberi perhatian terhadap isu-isu kepenggunaan. Kewartawanan advokasi masih berada pada tahap rendah dalam penglibatan menyelesaikan isu-isu yang dialami oleh masyarakat. Kewartawanan advokasi ialah satu terma yang merujuk kepada tugas wartawan yang bukan sekadar melaporkan sesebuah peristiwa, tetapi berperanan sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah (Dixit, 2010). Pelbagai isu kepenggunaan, alam sekitar, masalah sosial dialami oleh masyarakat, tetapi sering dipandang enteng oleh media. Dalam artikel ini, pengkaji menjelaskan bagaimana para wartawan perlu menyumbang kepada perubahan sosial dalam konteks Malaysia. Perkara ini diperjelaskan dengan elemen-elemen advokasi yang berjaya dibuktikan keberhasilannya. Oleh hal itu, bagi menjawab persoalan ini, pengkaji menggunakan akhbar Utusan Pengguna sebagai kajian kes. Pengkaji telah menilai elemen-elemen advokasi yang telah diterapkan dan menilai keberhasilannya menyelesaikan isu-isu alam sekitar dan pengguna. Bagi menjalankan kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan untuk menemubual empat individu yang arif dalam bidang kewartawanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan advokasi yang diguna pakai oleh wartawan Utusan Pengguna berjaya memberi impak yang positif kepada masyarakat. Akhbar tersebut memberi ruang kepada golongan yang sering terpinggir bersuara. Laporan berbentuk penyiasatan merupakan pencetus kepada perubahan sosial.