Pola pameran emosi individu introvert dan ekstrovert dalam Facebook: pendekatan eksperimen awal

Laman sosial Facebook telah menjadi sebuah ruang untuk pameran emosi kerana setiap pengguna bebas untuk memilih lokasi, masa dan jenis emosi yang ingin dipamerkan. Kepelbagaian karakter individu dalam laman sosial adalah berkait dengan personaliti kerana setiap personaliti mempunyai gaya yang berbez...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Ramizah Khairunnisa Mohd Radzi,, Jusang Bolong,, Ezhar Tamam,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13103/1/18211-85499-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13103/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1086
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laman sosial Facebook telah menjadi sebuah ruang untuk pameran emosi kerana setiap pengguna bebas untuk memilih lokasi, masa dan jenis emosi yang ingin dipamerkan. Kepelbagaian karakter individu dalam laman sosial adalah berkait dengan personaliti kerana setiap personaliti mempunyai gaya yang berbeza untuk berkomunikasi dan bersosial dalam talian. Individu Introvert dan Ekstrovert adalah dua personaliti yang dominan dalam bidang komunikasi namun kedua-duanya mempamerkan karakter yang berlawanan antara satu sama lain. Persoalannya, apakah corak dan tujuan penggunaan Facebook oleh setiap personaliti dan adakah mereka menggunakan Facebook untuk pameran emosi? Satu ekperimen dalam talian (online experiment) telah dilaksanakan dalam Facebook dengan menggunakan 60 personaliti (30 individu Introvert, 30 individu Ekstrovert) yang dipilih menerusi kaedah persampelan mudah. Data kajian dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan skor min. Hasil kajian menunjukkan bahawa individu Introvert memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk melayari Facebook. Seterusnya, individu Introvert dan Ekstrovert menggunakan Facebook dengan tujuan untuk mencari informasi dan mereka tidak berminat untuk mengintip aktiviti pengguna lain. Kedua-dua personaliti turut terlibat dalam aktiviti berkumpulan namun apabila ingin mempamerkan emosi, individu Introvert memilih mesej segera manakala individu Ekstrovert pula melalui tulisan dinding. Kesimpulannya, individu Introvert dan Ekstrovert mempunyai cara yang berbeza dalam memilih lokasi dan jenis emosi yang dipamerkan terutamanya dalam komuniti dalam talian. Dapatan kajian ini merupakan sebuah gambaran awal mengenai pameran emosi yang ditonjolkan oleh dua personaliti bipolar dalam interaksi dan sosialisasi. Diharapkan agar kajian akan datang dapat memberikan generalisasi dengan melibatkan khalayak Facebook yang lebih luas.