Reaksi China terhadap strategi pivot atau keseimbangan semula Amerika Syarikat ke rantau Asia

Pengumuman Amerika Syarikat untuk kembali ke rantau Asia melalui strategi imbangan semula mencetuskan perasaan ketidaktentuan di kalangan penganalisis strategik China. Strategi ini dibentuk AS bagi menghadapi pelbagai cabaran serantau terutamanya dari kebangkitan kuasa China melalui sokongan negara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hisham Kamal Othman Kamal,, Nor Azizan Idris,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13035/1/19139-54282-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13035/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/971
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengumuman Amerika Syarikat untuk kembali ke rantau Asia melalui strategi imbangan semula mencetuskan perasaan ketidaktentuan di kalangan penganalisis strategik China. Strategi ini dibentuk AS bagi menghadapi pelbagai cabaran serantau terutamanya dari kebangkitan kuasa China melalui sokongan negara pakatan dan rakan supaya terus mengekalkan kepimpinan mereka di rantau Asia. Artikel ini membincangkan berkenaan beberapa pandangan dan penilaian penganalisis strategik China terhadap strategi AS di Asia yang menjadi ciri penting dalam polisi keselamatan serta politik pentadbiran Obama. Strategi yang diperbaharui AS dipengaruhi dua faktor penting yang mengubah kuasa global terhadap rantau Asia seperti pertumbuhan ekonomi pesat negara serantau dan cabaran baru yang mempengaruhi dominasi AS terhadap orde antarabangsa semasa. Selain itu, artikel turut mengemukakan tiga persoalan utama seperti sejauh mana penganalisis strategik China melakukan penilaian terhadap strategi imbangan semula AS; intipati strategi tersebut kepada kepimpinan China; dan sama ada penilaian yang dilakukan memenuhi paradigma realis atau sebaliknya. Secara umumnya, artikel ini memberikan perbahasan polisi dan pandangan penganalisis China berkenaan strategi AS di samping menunjukkan peningkatan sentimen ancaman dari strategi AS di kalangan elit serta awam China. Natijahnya, strategi AS hanya meningkatkan keadaan dilema keselamatan antara kedua-dua negara.