Pengaplikasian kaedah pengantaraan bagi menyelesaikan kes-kes kecuaian perubatan di Indonesia

Kesukaran dalam membuktikan kes kecuaian perubatan telah menyebabkan prosiding di mahkamah mengambil masa yang lama dan membabitkan kos yang tinggi. Semakin lama pihak-pihak terbabit terlibat dalam prosiding mahkamah, maka semakin banyak masa yang akan diambil dan hal ini sekali gus meningkatkan jum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Hatta,, Tengku Noor Azira Tengku Zainudin,, Ramalinggam Rajamanickam,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13021/1/30910-95159-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13021/
http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20Issue%20%282018%29%3A%20JUUM
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesukaran dalam membuktikan kes kecuaian perubatan telah menyebabkan prosiding di mahkamah mengambil masa yang lama dan membabitkan kos yang tinggi. Semakin lama pihak-pihak terbabit terlibat dalam prosiding mahkamah, maka semakin banyak masa yang akan diambil dan hal ini sekali gus meningkatkan jumlah kos untuk menguruskan kesnya di mahkamah. Stigma negatif terhadap institusi mahkamah telah membukan ruang dan peluang kepada pengaplikasian kaedah pengantaraan sebagai mekanisme alternatif bagi menyelesaikan kes-kes kecuaian perubatan. Undang-Undang No. 36 Tahun 2009 tentang Kesihatan telah menguatkuasakan pengantaraan bagi menyelesaikan kes-kes kecuaian perubatan di luar mahkamah. Berlandaskan Undang-Undang No. 29 Tahun 2004 tentang Amalan Kedoktoran, pihak yang mempunyai kuasa untuk menjalankan kaedah pengantaraan ialah Majlis Kehormatan Disiplin Kedoktoran Indonesia (MKDKI) dan Majlis Kehormatan Etika Kedoktoran Indonesia (MKEK). Namun, sebagai institusi pengantaraan, MKEK dan MKDKI tidak menjalankan kaedah pengantaraan secara sebenar kerana masih menjalankan mekanisme perbicaraan yang masih bercirikan litigasi. Oleh itu, pindaan dan penambahbaikan kepada kedua-dua undang-undang berkenaan adalah sangat diperlukan supaya kedua-dua institusi berkenaan dapat menjalankan kaedah pengantaraan secara sebenar dengan menggunakan pendekatan win-win solution bagi penyelesaian kes-kes kecuaian perubatan di Indonesia.