Kelestarian prinsip-prinsip muamalat dalam sistem perbankan Islam di Malaysia: rangka kerja tadbir urus syariah

Industri perbankan Islam sedang pesat berkembang dalam atmosfera persekitaran yang kian kompleks dan mencabar. Ciri utama sistem perbankan Islam terletak pada rangka kerja tadbir urus syariah bagi operasi dan perkhidmatan perniagaan perbankan Islam. Walau bagaimanapun, sistem tadbir urus syariah buk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif,, Ruzian Markom,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13019/1/30908-95157-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13019/
http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20Issue%20%282018%29%3A%20JUUM
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri perbankan Islam sedang pesat berkembang dalam atmosfera persekitaran yang kian kompleks dan mencabar. Ciri utama sistem perbankan Islam terletak pada rangka kerja tadbir urus syariah bagi operasi dan perkhidmatan perniagaan perbankan Islam. Walau bagaimanapun, sistem tadbir urus syariah bukan suatu perkara yang baharu. Ia telah dibuktikan menyamai amalan hisbah dalam pentadbiran Islam silam. Dalam sistem perbankan Islam, pematuhan yang tegas terhadap prinsip-prinsip muamalat dalam syariah amat dititikberatkan. Oleh itu, rangka kerja tadbir urus syariah yang kukuh serta mampan diperlukan bagi merealisasikan sistem perbankan Islam yang mantap dan stabil. Pelaksanaan tadbir urus syariah yang juga bertindak sebagai suatu teras dan sempadan yang membezakan antara perbankan Islam dengan konvensional. Oleh hal yang demikian, artikel ini menganalisis rangka kerja tadbir urus syariah dalam perbankan Islam di Malaysia yang merangkumi Majlis Penasihat Syariah sebagai autoriti syariah tertinggi jawatankuasa syariah, pengawasan syariah dan audit syariah di institusi-institusi perbankan Islam.