Sejarah hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa

Perkara 3 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (DHOA) mengiktiraf hak penentuan kendiri orang asal. Sebelum menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, orang asal telah melalui pelbagai cabaran. Sehubungan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menerangkan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya,, Rohaida Nordin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12994/1/26323-79260-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12994/
http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20Issue%20%282017%29%3A%20JUUM
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkara 3 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (DHOA) mengiktiraf hak penentuan kendiri orang asal. Sebelum menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, orang asal telah melalui pelbagai cabaran. Sehubungan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menerangkan sejarah dan perkembangan hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Kajian ini menggunakan kaedah sosio perundangan. Untuk menjelaskan sejarah hak penentuan kendiri orang asal, perbincangan dalam artikel ini dibahagi kepada empat bahagian. Pada bahagian pertama, penulisan ini menjelaskan definisi dan status hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Pada bahagian kedua, penulisan menjelaskan sejarah hak penentuan kendiri dengan merujuk hak kepada semua orang. Bahagian ketiga pula menghuraikan perkembangan hak penentuan kendiri orang asal sehingga mendapat pengiktirafan di bawah undang-undang antarabangsa. Perbincangan perkembangan pengiktirafan hak penentuan kendiri tersebut merangkumi usaha yang dilakukan di peringkat Kumpulan Kerja Populasi Orang Asal (KKPOA) dan Kumpulan Kerja Deraf Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (KKDD). Artikel ini merumuskan dalam bahagian keempat bahawa pengiktirafan hak penentuan kendiri adalah sangat penting untuk memastikan perlindungan hak orang asal di bawah undang-undang sesebuah Negara agar selari dengan piawaian undang-undang antarabangsa dan seterusnya membantu Negara untuk melaksanakan obligasi undang-undang antarabangsanya.