Raja vs Qadi: Kuasa Raja dalam keputusan kehakiman Islam di Malaysia

Raja adalak merupakan Ketua Agama Islam bagi sesebuah negeri yang dinyatakan dalam Perkara 3. Kuasa Raja tertakluk kepada konsep Raja Berperlembagaan dan doktrin pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, tindakan Raja yang dikatakan telah memutuskan keputusan yang berte...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mashitoh Mohd Hashim,, Mohd Al Adib Samuri,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12991/1/26280-79265-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12991/
http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1100
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Raja adalak merupakan Ketua Agama Islam bagi sesebuah negeri yang dinyatakan dalam Perkara 3. Kuasa Raja tertakluk kepada konsep Raja Berperlembagaan dan doktrin pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, tindakan Raja yang dikatakan telah memutuskan keputusan yang bertentangan dengan penghakiman mahkamah syariah dalam kes Timbalan Pendakwa Syarie Pahang v Kartika Sari Dewi binti Shukarno [2010] l CLJ 172 telah mencetuskan kontroversi apabila hukuman yang dijatuhkan ke atasnya telah bertukar kepada perintah khidmat masyarakat secara tidak langsung proses pengasingan kuasa dianggap tidak dijalankan sepenuhnya dalam mahkamah Syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana Raja berkuasa dalam membuat keputusan kehakiman Islam. Kajian ini mengggunakan pendekatan kajian kes melalui analisis dokumen dan temu bual mendalam separa struktur terhadap empat orang Ketua Hakim Syarie, seorang Pendaftar dan seorang Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie di lima buah negeri di Malaysia. Manakala, dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati Raja sebenarnya memiliki kuasa dalam membuat keputusan kehakiman Islam. Walau bagaimanapun, sebenarnya hal ini tidak bermaksud Raja boleh menggunakan kuasa tersebut sewenang-wenangnya. Ini kerana Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa dan Raja terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.