Pembangunan bahan bahasa pertuturan untuk latihan pertuturan dalam hingar bagi golongan dewasa

Kajian ini menerangkan proses sistematik dalam pembangunan bahan ayat pertuturan dalam hingar yang mempunyai kebolehfahaman yang sama dan bersesuaian dengan budaya bagi kegunaan dalam protokol latihan pertuturan dalam hingar untuk golongan dewasa di Malaysia. Proses pembangunan ini melibatkan tiga f...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Huda Bani,, Nashrah Maamor,, Wan Syafira Ishak,, Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari,, Kalaivani Chellapan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12963/1/23982-77031-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12963/
http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1072
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menerangkan proses sistematik dalam pembangunan bahan ayat pertuturan dalam hingar yang mempunyai kebolehfahaman yang sama dan bersesuaian dengan budaya bagi kegunaan dalam protokol latihan pertuturan dalam hingar untuk golongan dewasa di Malaysia. Proses pembangunan ini melibatkan tiga fasa iteratif iaitu fasa (1) analisis, (2) rekabentuk dan (3) pembangunan. Dalam fasa analisis, pembolehubah yang diperlukan dalam membangunkan bahan pertuturan dikenalpasti melalui kajian kepustakaan dan perbincangan bersama pakar dalam bidang. Seterusnya, dalam fasa rekabentuk, kompilasi dan pembentukan ayat, penilaian kesemulajadian dan rakaman bahan pertuturan telah dilakukan. Fasa yang terakhir iaitu fasa pembangunan melibatkan penilaian penentuan graf fungsi pencapaian intensiti dan penyamaan kebolehfahaman ayat telah dijalankan. Hasil akhir daripada fasa-fasa ini adalah 171 ayat yang mempunyai kebolehfahaman yang sama dan boleh digunakan secara bergilir-gilir dalam protokol latihan pertuturan dalam hingar untuk golongan dewasa di Malaysia.