Tanggapan, kesedaran dan motivasi masyarakat terhadap penggunaan air hujan sebagai bekalan alternatif bandar

Pertambahan populasi bandar dan penguncupan rizab air di Selangor telah memungkinkan pihak kerajaan mempromosikan kepenggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif dalam kalangan pengguna. Bagaimana pun, tahap penerimaan dalam kalangan pengguna yang berpotensi masih belum dite...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noorazuan Md Hashim,, Shamsuddin Man,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12819/1/24075-82964-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12819/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1123
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertambahan populasi bandar dan penguncupan rizab air di Selangor telah memungkinkan pihak kerajaan mempromosikan kepenggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif dalam kalangan pengguna. Bagaimana pun, tahap penerimaan dalam kalangan pengguna yang berpotensi masih belum diterokai secara mendalam dan ilmiah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap aspek persepsi, kesedaran pengguna serta halangan dalam kepenggunaan kaedah berkenaan, khususnya di kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor. Kaedah survei menerusi penggunaan soal selidik telah digunakan bagi mengumpulkan data yang berkaitan dengan kajian tanggapan atau persepsi. Kaedah persampelan persampelan rawak berstrata telah digunakan bagi mengenalpasti jumlah responden berdasarkan pemberat jumlah premis kediaman setiap seksyen di Bandar Baru Bangi. Sebanyak 395 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak berstrata di kawasan kajian. Ini bertujuan supaya nisbah responden yang dipilih dapat mewakili setiap seksyen di Bandar Baru Bangi dan seterusnya membentuk suatu „data yang berwibawa‟. Kepenggunaan kaedah penuaian air hujan telah dilihat bersifat pro-persekitaran dalam kalangan responden. Hasil kajian ini juga mendapati tahap pendidikan seseorang tidak mempengaruhi minat dan kecenderungan responden terhadap penggunaan produk berkenaan. Secara umumnya, wujud kepelbagaian faktor yang meningkatkan semangat dan motivasi responden untuk menggunakan produk berkenaan. Ianya dilihat bakal memberi kebaikan bukan sahaja kepada individu dan masyarakat, malahan alam sekitar fizikal akan dapat dipulihara dengan berkesan. Namun, akauntabiliti sosial dan tindakan altruistik yang diterapkan dalam pendidikan telah membina sikap positif responden terhadap teknik mesra alam. Malahan, elemen yang dikategorikan sebagai motivasi dan galakan akan meningkatkan tahap keyakinan responden terhadap kebolehupayaan sistem berkenaan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan selamat.