Amalan pembelajaran dan kesannya terhadap pembentukan pengetahuan serta kemahiran perniagaan dalam kalangan Generasi Z

Pembelajaran boleh mengubah dan membentuk tingkah laku pada seseorang individu. Pembelajaran memberi kesan kepada kognitif, psikomotor dan afektif individu. Berdasarkan Teori Pembelajaran Pengalaman Kolb, proses pembelajaran pengalaman melibatkan 4 peringkat terdiri pengalaman konkrit, konseptualisa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suraiya Ishak,, Ahmad Raflis Che Omar,, Fahruddin Mustafa Al Bakri,, Lokhman Hakim Osman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12582/1/22518-69399-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12582/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1074
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran boleh mengubah dan membentuk tingkah laku pada seseorang individu. Pembelajaran memberi kesan kepada kognitif, psikomotor dan afektif individu. Berdasarkan Teori Pembelajaran Pengalaman Kolb, proses pembelajaran pengalaman melibatkan 4 peringkat terdiri pengalaman konkrit, konseptualisasi abstrak, pemerhatian reflektif dan eksperimen aktif. Sehubungan itu, kajian telah meneliti kesan pembelajaran teknik mengurus perniagaan terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Dimensi pembelajaran merangkumi aspek kurikulum (konseptualisasi abstrak) dan ko-kurikulum (eksperimen aktif). Metod survei telah dilakukan ke atas sekumpulan pelajar tingkatan lima (5) di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. Analisis deskriptif dan ujian t sampel berpasangan telah diaplikasi bagi meneliti kesan pembelajaran mengurus perniagaan ke atas tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar. Penemuan menunjukkan pembelajaran subjek Perdagangan dan Perakaunan serta aktiviti keusahawanan di sekolah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar mengenai perniagaan. Pelajar yang terdedah kepada subjek Perdagangan dan Perakaunan didapati lebih menonjolkan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran mengurus perniagaan. Pembabitan dalam aktiviti keusahawanan di sekolah pula dapat menjadi pelengkap tetapi tidak boleh berdiri sebagai kaedah tunggal mempelajari ilmu berkaitan mengurus perniagaan dan keusahawanan untuk pelajar sekolah menengah. Implikasinya, wujud keperluan untuk membangunkan permainan atau simulasi perniagaan yang menyamai realiti dunia perniagaan sebenar yang lebih kompleks dan mencabar bagi membina kemahiran mengurus perniagaan dalam kalangan generasi Z dengan lebih berkesan.