Aspek moral dalam drama muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu karya Hatta Azad Khan

Drama muzikal merupakan gabungan elemen muzik, nyanyian dan tarian dalam penceritaan. Bermula daripada hanya elemen komedi, elemen muzikal telah berkembang menjadi lebih dekat dengan permasalahan manusia dalam kehidupan harian yang sebahagiannya menjadi sangat dramatik. Hatta Azad Khan menghasilkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saidah Sakinah Amferim,, Nur Afifah Vanitha Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12538/1/20275-57864-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12538/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/974
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Drama muzikal merupakan gabungan elemen muzik, nyanyian dan tarian dalam penceritaan. Bermula daripada hanya elemen komedi, elemen muzikal telah berkembang menjadi lebih dekat dengan permasalahan manusia dalam kehidupan harian yang sebahagiannya menjadi sangat dramatik. Hatta Azad Khan menghasilkan drama muzikal yang kebanyakannya mengangkat isu masyarakat. Namun, dalam penghasilan sesebuah drama terdapat elemen yang menjadi tunjang kepada penciptaannya. Ia jelas dilihat dari sudut dalaman teks. Hatta menghasilkan drama bukan sebagai hiburan semata-mata namun terdapat mesej yang perlu dirungkai oleh penonton. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan “Apakah kritikan moral yang cuba disampaikan oleh Hatta dalam Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu?”. Bagi menjawab persoalan tersebut, pengaplikasian pendekatan moral dilihat sesuai untuk mengkaji aspek dalaman teks selain menyentuh aspek pengajaran. Kajian ini berbentuk penyelidikan asas atau fundamental dengan menggunakan kaedah kualitatif. Makalah ini mendapati bahawa Hatta seorang dramatis sosial tentang masyarakatnya apabila penelitian terhadap aspek dalaman teks drama mempunyai banyak nilai moral yang selari dengan tema yang dibawa berkaitan persoalan-persoalan tentang kemanusiaan. Lantas tidak mustahil hasil karya beliau dapat mendidik audiens.