Pandangan imam dan pentadbir masjid tentang kehadiran masyarakat ke masjid
Malaysia mempunyai bilangan masjid melebihi 6089 buah yang boleh memenuhi keperluan masyarakat Islam di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 17 juta orang. Namun, berdasarkan pemerhatian terhadap solat jemaah lima waktu, jumlah kehadiran umat Islam secara umumnya sekitar 5-10 peratus sahaja di sat...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12489/1/28944-88398-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/12489/ http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1140 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Malaysia mempunyai bilangan masjid melebihi 6089 buah yang boleh memenuhi
keperluan masyarakat Islam di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 17 juta orang.
Namun, berdasarkan pemerhatian terhadap solat jemaah lima waktu, jumlah kehadiran
umat Islam secara umumnya sekitar 5-10 peratus sahaja di satu-satu tempat. Ia
bukan bermakna mereka tidak melaksanakan solat, kerana solat boleh dilakukan di
mana-mana, tetapi jumlah itu menandakan jumlah yang sedikit daripada umat Islam
yang hadir ke masjid. Kajian lepas mendapati terdapat tujuh faktor yang mendorong
kepada kehadiran yang sedikit ini ialah fungsi masjid yang terhad, masalah individu,
kemudahan asas tidak sempurna, lokasi tidak strategik, kelemahan pengurusan
pentadbiran, kelemahan pengurusan kewangan serta keperibadian imam dan pegawai
masjid. Kajian ini menganalisis semua faktor tersebut secara kualitatif menerusi
temu bual separa berstruktur bersama imam dan pentadbir masjid. Kajian mendapati
8/10 informan bersetuju bahawa fenomena sedikit kehadiran sememangnya berlaku
terutamanya di kawasan luar bandar dan juga mendapati bahawa semua faktor
tersebut memberi kesan kepada kehadiran masyarakat Islam ke masjid. Justeru,
pihak pengurusan masjid perlu melakukan penambahbaikan dalam beberapa aspek yang dicadangkan terutamanya aspek pengurusan dan penganjuran pelbagai aktiviti
bagi menarik kehadiran yang lebih ramai ke masjid. |
---|