Bahasa dan feminisme dalam filem Shuhaimi Baba

Kajian ini adalah tentang aspek kebahasaan dan feminisme dalam filem Melayu bergenre seram, yang diarahkan oleh salah seorang pengarah wanita prolifik di Malaysia. Pengarahan seorang wanita mempunyai kemungkinan untuk bernuansakan feminisme dalam persembahannya. Hal tersebut, dalam konteks kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norfaizah Ghazali,, Fazilah Husin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12262/1/26169-78652-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12262/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah tentang aspek kebahasaan dan feminisme dalam filem Melayu bergenre seram, yang diarahkan oleh salah seorang pengarah wanita prolifik di Malaysia. Pengarahan seorang wanita mempunyai kemungkinan untuk bernuansakan feminisme dalam persembahannya. Hal tersebut, dalam konteks kajian ini, akan diteliti daripada aspek pemilihan perkataan dan ayat-ayat yang membentuk dialog para watak. Bahasa atau dialog dalam filem penting dalam menyampaikan sesebuah penceritaan yang dibantu oleh aspek-aspek perfileman yang lain, termasuklah sinematografi, kesan bunyi dan muzik, simbol visual dan serta estetika. Shuhaimi Baba adalah antara pengarah filem tersohor di Malaysia yang telah mengarah dan menerbitkan filem-filem penting dalam industri perfileman Malaysia serta telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beberapa filem beliau telah mengangkat dan meletakkan wanita dan imejnya sebagai subjek penceritaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek bahasa dalam konteks feminisme yang digunakan dalam filem Shuhaimi Baba berjudul Pontianak Harum Sundal Malam I (2004). Bahasa feminisme dalam konteks kajian ini adalah bahasa yang dituturkan oleh watak-watak dalam filem Shuhaimi Baba yang memperlihatkan tentang kekuasaan wanita. Gambaran tersebut dipaparkan melalui pertuturan dialog watak dan antara watak-watak yang dicipta serta melalui visual yang merangkumi segala aspek yang dapat dilihat oleh penonton. Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual dan pendekatan feminisme pascamoden (postmodern feminism). Bahasa dalam filem ini memaparkan wanita yang mempunyai keperibadian yang kuat, kuasa dan pembuat keputusan.