Akses terbuka sebagai medium pemartabatan bahasa Melayu

Akses terbuka merupakan sebuah pangkalan data teks penuh yang boleh diakses secara percuma tanpa ada sekatan dari segi pembayaran dan boleh diakses oleh sesiapapun di seluruh dunia. Akses terbuka ini mengandungi segala jenis bahan daripada yang bersifat umum sehinggalah artikel jurnal ilmiah, sai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Zakuan Mohd Fadzil,, Jama’yah Zakaria,, Norazlina Mohd Kiram,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12254/1/26162-78644-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12254/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1085
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akses terbuka merupakan sebuah pangkalan data teks penuh yang boleh diakses secara percuma tanpa ada sekatan dari segi pembayaran dan boleh diakses oleh sesiapapun di seluruh dunia. Akses terbuka ini mengandungi segala jenis bahan daripada yang bersifat umum sehinggalah artikel jurnal ilmiah, saintifik dan berkualiti. Penerbitan artikel ilmiah terus berkembang dari semasa ke semasa dan pada 2010, lebih daripada 40 juta artikel telah diindeks oleh Scopus manakala 2016 pula, jumlah penerbitan ilmiah yang diindeks oleh Scopus bagi Malaysia ialah sebanyak 24,168 artikel iaitu jumlah terbanyak di Asia Tenggara. Namun, persoalannya berapa banyakkah daripada jumlah tersebut yang dapat diakses secara terbuka dan menggunakan kata kunci bahasa Melayu dalam penulisan tersebut? Makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan dalam akses terbuka berdasarkan dua kata kunci iaitu “Bahasa Melayu” dan “Bahasa Melayu”+“Malaysia”. Seterusnya menjelaskan hubungan antara akses terbuka dengan pemartabatan bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa, terdapat sebanyak 12,960,000 jumlah hasil pencarian bagi kedua-dua kata kunci yang telah dipilih. Kata kunci bagi “Bahasa Melayu”+“Malaysia” telah menunjukkan kandungan bahan ilmiah yang lebih banyak berbanding kata kunci “Bahasa Melayu” sahaja. Selain itu, hubungan antara akses terbuka dengan pemartabatan bahasa Melayu ialah sebagai wadah penyebaran ilmu bahasa Melayu di serata dunia, perkongsian sumber ilmu bahasa Melayu antara institusi akademik dan perpustakaan, simpanan bahan bahasa Melayu dalam pangkalan data sepanjang zaman dan pengukur kepada kewibawaan penyelidik dan kualiti bahan terbitan Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, teknologi akses terbuka harus dimanfaatkan sebaiknya sebagai medium pemartabatan bahasa Melayu.